Muna Safiyyah yang semakin membesar...
Assalamualaikum wbt.. Jarang- jarang menceritakan kisah sendiri dalam blog ini. Harap- harapnya dapat berkongsi kisah kami di perantauan, khusus buat keluarga dan sahabat handai di tanah air. Mudah- mudahan catatan pengalaman yang dikongsikan jugak dapat menjadi perkongsian ilmu dan salur tarbiah buat hati yang mengharap petunjuk, InsyaAllah. Hari- hari awal di Southampton Anak sulung kami Muna Safiyyah merupakan salah satu nadi tarbiah utama kami. Rahmat Allah yang agung. Terkadang melihat wajahnya timbul kekesalan atas segala kelalaian memeliharanya dengan lebih baik. Apapun, sungguh, anak itu harus sentiasa dilihat sebagai rahmat Allah, kerana hasil dari pandangan sebegitu, akan membentuk anak itu, dan ia akan memberi respon terhadap pandangan kita terhadapnya. Di London Eye. Muna cope dengan kesejukan :) Bulan ini Muna sudah menjangkau usia setahun 8 bulan. Banyak sekali, setiap hari perkembangannya. Petah bercakap, meniru segala apa yang dilihat. Maka sayalah ...