Muna Safiyyah yang semakin membesar...
Assalamualaikum wbt..
Jarang- jarang menceritakan kisah sendiri dalam blog ini. Harap- harapnya dapat berkongsi kisah kami di perantauan, khusus buat keluarga dan sahabat handai di tanah air. Mudah- mudahan catatan pengalaman yang dikongsikan jugak dapat menjadi perkongsian ilmu dan salur tarbiah buat hati yang mengharap petunjuk, InsyaAllah.
Di Toys Library, Burgess Road.
Jarang- jarang menceritakan kisah sendiri dalam blog ini. Harap- harapnya dapat berkongsi kisah kami di perantauan, khusus buat keluarga dan sahabat handai di tanah air. Mudah- mudahan catatan pengalaman yang dikongsikan jugak dapat menjadi perkongsian ilmu dan salur tarbiah buat hati yang mengharap petunjuk, InsyaAllah.
Hari- hari awal di Southampton
Anak sulung kami Muna Safiyyah merupakan salah satu nadi tarbiah utama kami. Rahmat Allah yang agung. Terkadang melihat wajahnya timbul kekesalan atas segala kelalaian memeliharanya dengan lebih baik. Apapun, sungguh, anak itu harus sentiasa dilihat sebagai rahmat Allah, kerana hasil dari pandangan sebegitu, akan membentuk anak itu, dan ia akan memberi respon terhadap pandangan kita terhadapnya.
Di London Eye. Muna cope dengan kesejukan :)
Bulan ini Muna sudah menjangkau usia setahun 8 bulan. Banyak sekali, setiap hari perkembangannya. Petah bercakap, meniru segala apa yang dilihat. Maka sayalah orang pertama yang harus berubah untuknya. Berubah? hehe.. Ha'ah.. sebab saya melihat dia seolah- olah 'cermin berjalan' saya. apa yang saya lakukan, tak terlepas dari pandangannya, dalam sedar atau tidak.
Dia juga lebih pandai memilih kini. Makanan, permainan, cara bermain... Otak saya sentiasa berjalan untuk membuatkannya gembira, tanpa TV, tanpa tablet di tangan. Beberapa bulan menghiburkannya dengan tablet, saya jadi muak apabila dia merengek ingin tablet. "abata, abata..nak,nak" (Abata merujuk pada tablet, sebab dia selalu menonton video youtube lagu alif ba ta).
Lalu saya cuba pelbagaikan permainan dan pendidikan untuknya. Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan masa sebagai suri rumah, dan kemudahan yang disediakan untuk anak- anak di sini.
Nak mesin rumput??
Banyak mainan, disusun ikut kategori.
Kanak- kanak pelbagai bangsa:)
Her favourite: microwave. Inilah hasil intipan apa maknya buat setiap hari;)
"Best ke, tengok jap.."
Bsca buku ke...'kemas buku'?
Buku- buku lama yang library jual. Memang dah buruk, tapi ok la untuk Muna lenjankan. 50p each:)
Cukup setakap ini dulu kisah kami. Dah lewat malam, takut tak terdaya nak memanfaatkan saat- saat Hari Arafah yang berharga esok. Selamat menyambut Hari Arafah, dan Salam Aidil Adha buat semua.. :)
wassalam..
Kelebihan Hari Arafah:)
Comments
Post a Comment