Posts

Showing posts with the label Family

the purpose of having children- NOTA RINGKAS BUAT DIRI

Image
Aku pernah bertanya diriku, mengapa kita memerlukan anak- anak... adakah ia sekadar memenuhi fitrah manusia yang sukakan anak- anak? Kemudian Allah pertemukanku dengan jawapanNya melalui lisan Nabi Zakaria dalam Surah Maryam, ayat 5 dan 6: Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia - wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai". Lalu dengan pelbagai kelemahan, aku cuba sentiasa mengingatkan diriku untuk sentiasa berada di atas jalan ini. Semoga Allah membantuku dan keluargaku. Amin T.T

Muna's doodles

Image

Love and sacrifice

Image

Kenangan di Princess Ann Hospital

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Setiap hari berangan nak update blog, untuk berkongsi pelbagai perkara yang harapnya ada manfaat untuk orang lain. Bukan salah waktu malam yang pendek (anak tidur= saya tertidur sekali) tapi masalah time management. Sungguh- sungguh telah dipotong masa. Saat-saat Maryam baru menjengah dunia:)... Syukur Alhamdulillah. Kali ini saya nak ceritakan antara pengalaman berinteraksi dengan midwife atau bidan, yang bertugas sepanjang saya berada di P. Ann Hospital. Hospital ini adalah maternity hospital/ hospital bersalin, jadi yang berada di hospital ni bukan nurse biasa, majoritinya adalah midwife. Mungkin ada nurse, tapi setakat yang saya jumpa, semuanya midwife. (Dan sangat sukar nak lihat staf lelaki, kecuali seorang dua.) Setiap pertama kali bertemu dengan mereka, untuk diperiksa atau apa saja, setiap mereka akan memperkenalkan nama masing- masing. (satu pun saya tidak ingat). Contohnya, "Hi, I'm Jane, one of the midwife." Perbualan- pe...

Kelahiran baru, pengalaman baru ;)

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Kembali mengelap sel- sel otak yang berhabuk.. Entah berapa bulan tidak cuba menulis, kali ni, dalam hari ke 22 berpantang anak kedua.. saya ingin menceritakan sedikit sebanyak pengalaman melahirkan Maryam di negara orang. Rugi rasanya jika tak dicatat, kenangan yang mudah- mudahan memberi pelajaran, bukan sekadar penghias kotak memori. 40 minggu + 3 hari membawa Maryam setiap masa sehingga 19 Mei 2014. Umi, Abah dan Mak itam telah pun sampai ke Southampton 13 Mei 2014, sudah merasa angin UK yang sejuk di musim panas. Tapi 6 hari kemudian barulah Maryam benar- benar nak keluar melihat dunia. Seharian turun tanda mukus berdarah, dan contraction yang sedikit- sedikit pada 18 Mei. Lalu saya menelefon labour ward PrincessAnne Hospital untuk berbincang adakah perlu ke hospital. Begitulah cara di sini, sekurang- kurangnya tak perlulah saya menunggu katil di hospital :). Alhamdulillah, rumah kami dekat dengan hospital, dan Allah takdirkan suami menyewa keret...

Muna Safiyyah yang semakin membesar...

Image
Assalamualaikum wbt.. Jarang- jarang menceritakan kisah sendiri dalam blog ini. Harap- harapnya dapat berkongsi kisah kami di perantauan, khusus buat keluarga dan sahabat handai di tanah air. Mudah- mudahan catatan pengalaman yang dikongsikan jugak dapat menjadi perkongsian ilmu dan salur tarbiah buat hati yang mengharap petunjuk, InsyaAllah. Hari- hari awal di Southampton Anak sulung kami Muna Safiyyah merupakan salah satu nadi tarbiah utama kami. Rahmat Allah yang agung. Terkadang melihat wajahnya timbul kekesalan atas segala kelalaian memeliharanya dengan lebih baik. Apapun, sungguh, anak itu harus sentiasa dilihat sebagai rahmat Allah, kerana hasil dari pandangan sebegitu, akan membentuk anak itu, dan ia akan memberi respon terhadap pandangan kita terhadapnya. Di London Eye. Muna cope dengan kesejukan :) Bulan ini Muna sudah menjangkau usia setahun 8 bulan. Banyak sekali, setiap hari perkembangannya. Petah bercakap, meniru segala apa yang dilihat. Maka sayalah ...

It's already 1 year in England.

Image
Assalamualaikum, and how are you.. Yes, that's the topic. After such a long time I hadn't scribble anything in this blog. We've just moved in another house, with helps from Keluarga Soton. From Welbeck Avenue, now to Lilac Road. Inshaallah we are going to settle down here for the rest of 2 years more. Inshaallah. Here is where we call home, in Southampton. Lilac Rd neighbourhood. Home Our living room. Still in progress. hihi. Our kitchen. Yes, the landlord is going to do something with the ceiling. Need patience, see. Our backyard. This is really enormous compared to our old house at Welbeck Avenue. May the expanding of nikmah from Allah, would bring us closer to him. Amin. That's all for now;)

Circle Family 4: Antara strangers, lion, gunung berapi, dan neraka..:)

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Ini kisah Abang Idham dan Kak Lin serta puteri- puteri mereka Huda dan Humaira'... dalam Circle Family minggu keempat:) Alhamdulillah circle family minggu ini dapat diteruskan setelah tertangguh minggu lepas. Tajuk minggu ini adalah Bahaya Paling Besar(apabila jahil mengenal Allah, Rasul dan Islam) Selesai bacaan Al-Fatihah dan doa, sesi dimulakan dengan mengajukan soalan kepada Humaira' dan Huda tentang makna bahaya dan jenis-jenis bahaya yg mereka tahu. Berebut-rebut mereka memberikan contoh, Lion, strangers, lava gunung berapi...sampailah cerita dalam hutan yang scary. Lepas satu cerita, sambung satu cerita bergilir-gilir. Kadang tak sgt bersangkut dgn topik tapi biarkan mereka bercerita dan guide balik ke isu utama. Tak mudah! Lebih-lebih lagi bila mereka sedang asyik bercerita. Sesi bahaya di dunia diteruskan dgn soalan apa akibat bahaya tersebut. Sekali lagi jawapan-jawapan tak disangka-sangka keluar. Dari sesat dalam hutan...

Mengatasi anak asyik nak melekat aje :)

Image
Assalamualaikum dan salam sayang. Nak berkongsi sedikit sebanyak hasil pembacaan buku yang Kak Pah pinjamkan, Terima kasih Kak Pah;).. Moga sama- sama beroleh manfaat.. What to Expect the toddler years dari Heidi Murkoff. Istilah 'melekat' bak kata orang kita, dalam buku ini disebut clinging/ dependence; situasinya banyak berlaku pada mana- mana ibu atau anak. Anak takut kalau ditinggalkan.Walaupun dalam bilik yangsama, kalau ibu buat kerja lain, anak bergayut aja di deluar/ kain batik.hihi.. macam saya jugaklah. Kadang- kadang terasa macam anak saya Muna tu macam sebahagian dari pakaian saya. Rupanya sesetengah metod yang dicadangkan dalam buku ni saya dah buat, dan Alhamdulillah Muna dah boleh buat aktiviti sendiri walaupun tak ada saya di depan matanya. Anak- anak di usia ni perlu lebih berdikari supaya berkembang baik fizikal, emosi, sosial dan pertumbuhannya, kata buku ini. 1. Pastikan kehadiran anda semula selepas pergi dari anak. Tatkala anak dah sebik2 tengo...

‎8 ciri penting sbg ibu/ayah/isteri/suami/pendakwah/pendidik/anak/(manusia) & Penawar Jiw

Image
Jazakillahukhair Kak Faridah:)..