Mengatasi anak asyik nak melekat aje :)
Assalamualaikum dan salam sayang.
Nak berkongsi sedikit sebanyak hasil pembacaan buku yang Kak Pah pinjamkan, Terima kasih Kak Pah;)..
Moga sama- sama beroleh manfaat.. What to Expect the toddler years dari Heidi Murkoff.
Istilah 'melekat' bak kata orang kita, dalam buku ini disebut clinging/ dependence; situasinya banyak berlaku pada mana- mana ibu atau anak. Anak takut kalau ditinggalkan.Walaupun dalam bilik yangsama, kalau ibu buat kerja lain, anak bergayut aja di deluar/ kain batik.hihi.. macam saya jugaklah. Kadang- kadang terasa macam anak saya Muna tu macam sebahagian dari pakaian saya.
Rupanya sesetengah metod yang dicadangkan dalam buku ni saya dah buat, dan Alhamdulillah Muna dah boleh buat aktiviti sendiri walaupun tak ada saya di depan matanya.
Anak- anak di usia ni perlu lebih berdikari supaya berkembang baik fizikal, emosi, sosial dan pertumbuhannya, kata buku ini.
1. Pastikan kehadiran anda semula selepas pergi dari anak. Tatkala anak dah sebik2 tengok maknya tak ada, anda boleh main peek- a- boo atau cak- cak. Sambil nak buat kerja, selikan dengan main sorok- sorok.
"Mana mama ni...? Ini dia mama..." kita cakap. Panjangkan lagi masa menyorok tu lebih sikit demi sikit.
Kalau anak macam belum boleh nak cope dengan trick tu, cuba sorok muka dengan napkin dulu, atau nyorok setengah badan kat langsir. InsyaAllah lama- lama anak boleh selesa dengan kita 'hilang sekejap'. Tapi jangan tinggalkan dia sorang- sorang melainkan keadaan sekeliling dia selamat.
2. Luangkan masa bersama, tapi jangan berlebihan,..takut lagi melekat si kecik tu:).. Cuba bagi peluang pada dia untuk bermain sendiri (berdikari).
Semasa bersama- sama dengannya secara berkualiti (menyanyi, bacakan buku,main blocks) boleh membina rasa 'secure' pada anak, dia akan rasa yakin, dan mampu berdikari tanpa asyik mengharapkan ibu di sisi. Sambil- sambil bersama dia, banyakkan sentuhan fizikal- peluk, cium, riba, dan sebagainya.
3. Sebelum kita buat kerja kita, cuba sediakan mainan dan aktiviti yang membuatkan anak jadi berminat kepada aktivitinya sendiri. (Harap2..)
4. Sambil buat kerja, bercakaplah dengan dia, pandang, senyum, dan sebagainya.
5. Buat selamba saja bila dian menangis nak melekat. Buat 'cool' je. Anak akan rasa lebih 'terjamin (reassured)' dengan ketenangan ibunya.
6. Biar saja dia ikut, sebab dia tengah berkonflik dalam dirinya.. hihi.
7. Biar dia tinggalkan kita. Jangan bila dia merangkak ke tempat lain, kita nak peluk cium dia pula. Asalkan dia selamat dalam pemerhatian kita, biarkan dia rasa ok untuk meneroka tanpa terlalu bergantung.
8. Bina keyakinannya. Ini dalam bab lain pula.
9. Pastikan kita sebagai mak ni pula yang tak bergantung pada kehadiran dia. Ya, sesetengah ibu bapa sangat suka bila anak memerlukan mereka (ibu bapa). Selalu menarik perhatian anak secara berlebihan yang membuatkan anak semakin tidak berdikari pun tak bagus juga.
10. Sabar. SEmuanya sebahagian dari perkembangan anak- anak. Bukan salah sesiapa (atau salah maknya yang kecik- kecik pun manja) . Dengan kasih sayang dan ilmu mudah- mudahan berhasil para ibu mendidik anak. Semoga berjaya..

Comments
Post a Comment