Istikharah

 Bismillahirrahmanirrahim.

Kebanyakan kita pernah melakukan istikharah sekurang- kurangnya sekali. Biasanya orang nak kawin hihihi. Bila difikir- fikir kelakar pulak bila istikharah apabila tarikh perkahwinan dah dekat. Bukan salah, tapi biarlah istikharah dibuat sebelu mendekati masa membuat keputusan. Jadi lebih mudah bila nak memilih berdasarkan apa yang dirasakan 'petunjuk Allah'.

Saya baru ada pengalaman dengan istikharah. Pilihan yang banyak, semuanya ada kebaikan masing- masing. Keputusan yang saya buat bakal mempengaruhi bukan setakat hidup sendiri, malah keluarga terutamanya.

Sebelum melakukan istikharah, saya cuba mengumpul maklumat tentang pilihan yang ada. Bertanya, men'google', semuanya mudah di zaman sekarang. Kemudian barulah bersiap- siap untuk istikharah. Sebelum itu, study dulu tentang istikharah;

- Ia merupakan adab kita dengan Allah. Yela, Allah yang memiliki kita. Jadi lebih santun bila kita meminta dengan Allah akan apa yang kita inginkan pada masa depan. Lagipun Allah sudah mengetahui apa yang bakal berlaku (qada) dan perlu kita tau ada ketentuan yang boleh berubah dengan doa (qadar). Dengan istikharah, kita bermusyawarah dengan Allah tentang apa yang terbaik untuk kita.

-Solat 2 rakaat yang sama macam biasa.

- Doa istikharah.

Jika kita melihat doa istikharah tersebut, ia merupakan hadith nabi. Melakukan istikharah bukan sahaja untuk meminta sesuatu dari Allah, malah dapat pahala pula bila mengamalkan sunnah. Nabi Muhammad saw sangat suka solat. Kerana cintanya nabi dengan panduan oleh Allah. Jika kita akan ikut masa yang ditetapkan untuk servis kereta dan isi minyak, InsyaAllah, tahan lama la kereta kita.. Tapi solat lebih dari itu. Sebab manusia ni sebenarnya lebih kompleks dari kita, kita memerlukan sekurang- kurang 5 kali sehari semalam.

Lihatlah doa istikharah ni. Perhatikan maknanya betul- betul. Kerana dengan keputusan yang Allah letakkan di hati kita, apa sahaja, terimalah. Dan bukan itu saja, Allah juga meletakkan rasa redha kita dengan keputusan itu. Berkah juga menanti dalam kehidupan kita InsyaAllah.


“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini (***) dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini (***) akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.
(http://nursyirah.wordpress.com/2009/01/10/solat-istikharah-tata-cara-dan-doa/)
wasalam.


Comments

Popular posts from this blog

What Did I Do Today (Dawud Wharnsby)

Printable for Iqra' 1