Fitnah terhadap sahabat Rasulullah

Bismillahirrahmanirrahim.

Memang terasa bersawang blog ni. So InsyaAllah selepas diberi nafas baru sikit moga- moga usaha saya untuk menyebarkan sedikit sebanyak ilmu ni berjalan berterusan..

Alhamdulillah hari ni berjaya habiskan sebuah buku lagi, setelah beberapa minggu membacanya. Buku ini sarat dengan fakta dan huraian menerangkan tentang fitnah yang berlaku terhadap para sahabat Rasulullah. Buku ini juga menceritakan asal- usul puak Syiah yang timbul pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman r.a.

Kita semua sedia maklum adanya puak Syiah di muka bumi Allah ni. Di Malaysia pun ramai. Tapi kita mungkin tak tahu dengan mendalam pasal Syiah, siapa yang mengasaskan fahaman ni, dan apa yang dipegang oleh mereka. Melalui buku ni, barulah saya tahu bahawa pengasas Syiah adalah Abdullah bin Saba'. Dia ni bekas Yahudi yang masuk Islam. Dialah yang mula- mula menimbulkan fitnah terhadap Khalifah Uthman. Dia telah mengumpulkan pengikut yang terpedaya dengan dakyahnya, meliputi beberapa tempat di Tanah Arab.

Dr Mohd Asri menghuraikan kisah- kisah yang ditulis, kebanyakan dari Tarikh At- Tabari yang menyampaikan kisah tentang para sahabat yang memerlukan kepada penilaian pembaca untuk menentukan kesahihahnya. Lalu Dr MAZA membandingkannya dengan petikan Al Quran dan Hadith Rasulullah saw mengenai para sahabat. Ternyata sesetengah perawi tidak boleh dipercayai keperibadiannya dan tidak benar apa yang dibawanya (fitnah). Ini kerana terdapat ayat Al Quran dan hadith yang menunjukkan keredhaan Allah dan rasulNya kepada para sahabat yang banyak berjasa menyampaikan Islam kepada umat. Mustahil Allah menjanjikan syurga kepada orang- orang yang dikatakan sebagai pengkhianat. Sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui daripada kita.

"Jangan kamu cerca para sahabatku. Sesungguhnya sekiranya ada dalam kalangan kamu yang membelanjakan emas sebesar Bukit Uhud sekalipun, ia tidak mencapai nilai walau secupak makanan ataupun separuh daripadanya yang mereka belanjakan." (Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim).

"Orang terdahulu yang lebih awal masuk Islam iaitu Muhajirin, Ansar, dan orang- orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah s.w.t.. Allah s.w.t. menyediakan untuk mereka syurga- syurga yang mengalir sungai- sungai di dalamnya. Mereka kekal di dalamnya untuk selama- lamanya. Itulah kemenangan yang besar." (Surah At- taubah:100)

Saya mencadangkan jika anda ingin membaca buku ini, anda mulakan dengan mengetahui Sirah perjalanan hidup Nabi Muhammad s.a.w. Antara buku yang boleh dibaca ialah:
Buku Biografi Muhammad bin Abdullah ini dapat memberi gambaran keseluruhan perjuangan Rasulullah bersama para sahabat dalam menegakkan agama fitrah di muka bumi. Sangat tidak rugi jika anda luangkan masa membacanya, sebab ia mampu mengubah cara anda berfikir tentang sesuatu perkara. Pelbagai isu kemanusiaan diceritakan dan menunjukkan sisi pandang nabi saw dan para sahabat.

Di dalam bab akhir buku Fitnah terhadap sahabat Rasulullah ini, Dr MAZA telah memberi beberapa cadangan yang saya dan anda patut fikirkan.

1. Menyemak semula  penulisan sejarah para sahabat yang sedia ada.
2. Projek penulisan sejarah yang sahih.
3. Penerangan dan pembetulan semula fakta.

Walaupun kita bukan ahli sejarah atau sekurang- kurangnya cikgu sejarah, kita mungkin boleh membantu adik- adik yang belajar sejarah di sekolah menengah. Saya membayangkan, berapa banyak fakta yang telah saya terima di sekolah, dan alangkah harunya kalau banyak fakta (terutamanya Sejarah) adalah tidak benar. Sedih kan? 

Sesetengah orang mungkin malas nak fikir atau ambil cakna dengan perkara macam ini, tapi kita semua tahu, dengan sikap tak ambil peduli la yang membuatkan kita jadi bongok. 

Wasalam... sudah lewat malam di UK. Nite-nite.

Comments

Popular posts from this blog

What Did I Do Today (Dawud Wharnsby)

Printable for Iqra' 1