Posts

Showing posts with the label Books

The Preschooler's Busy Book dari Trish Kuffner

Image
Bismillahirrahmanirrahim Hari ini, jumaat hari yang paling cerah untuk beberapa minggu yang telah dilalui. Lalu saya ajak Muna untuk keluar ke bandar. Disambutnya ajakan saya dengan ceria. "What do you want to buy at the city?" tanya saya. Tidak silap saya dia mahu membeli sesuatu yang dapat dijadikan aktiviti. Begitulah kebiasaan jawapan yang saya selalu berikan bila Muna bertanya apabila kami keluar ke Portswood atau City Center. Jawab saya, untuk membeli buku- buku cerita, sedikit permainan, dan bahan- bahan aktiviti untuk homeschooling. Di bandar, Muna tetap dengan kehendaknya yang diidamkan sejak dari rumah- bubbles. Maka, mainan lain walaupun saya menawarkan kepadanya, tetap tidak mahu. Adalah sepeket belon diambilnya kemudian selepas mendapat buih- buih sabun di The Works, dia kelihatan puas. Tidak seperti Maryam yang kelihatan seperti teringin banyak benda. ;) Malam ini ingin  saya kongsikan sedikit bacaan dari buku The Preschooler's Bus...

Buku Tarbiyatul Aulad: Hukuman yang dilaksanakan oleh ibu bapa di rumah

Image
Bismillahirrahmanirrahim Hukuman yang dilaksanakan oleh ibu bapa di rumah a. Tindakan terhadap anak dengan lemah lembut, dan belas kasihan b. Menjaga tabiat anak dari berbuat salah yang menyebabkan hukuman dikenakan ke atasnya - hukuman pada bila perlu sahaja setelah tindakan menegur, menasihati dsb telah dilaksanakan - kekerasan yang terus- menerus akan menyebabkan anak jadi pengecut, lemah semangat dan lari dari tanggungjawab, jiwa memberontak, kecergasan akan hilang, suka berdusta dan berlaku jahat, lama kelamaan menjadi kebiasaan c. Berperingkat dalam pemulihan dari yang ringan kepada berat 1. menuujukkan kesalahan dengan bimbingan 2. menunjukkan kesalahan dengan lemah- lembut 3. menunjukkan kesalahan dengan isyarat 4. menunjukkan kesalahan dengan marah; hadith riwayat Bukhari Rasulullah saw menegur Abu Zar ra yang telah memalukan seorang lelaki, dengan mengatakan Abu Zar masih terpengaruh cara jahiliyyah. Kemudian baginda menasihati Abu Zar cara yang sesuai dengan ...

Awesome work for the Quran!

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Masha Allah. I cannot help it. I really and absolutely need to share this, it's really awesome. https://readwithmeaning.wordpress.com/2014/10/23/chapter-18-al-kahf-the-cave-verses-60-78/ Understand Quran with lego characters. MashaAllah. I really love it. May Allah grant the author,  Mezba Uddin Mahtab with abundant goodness! Jazakumullahukhair :)

Fitnah terhadap sahabat Rasulullah

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Memang terasa bersawang blog ni. So InsyaAllah selepas diberi nafas baru sikit moga- moga usaha saya untuk menyebarkan sedikit sebanyak ilmu ni berjalan berterusan.. Alhamdulillah hari ni berjaya habiskan sebuah buku lagi, setelah beberapa minggu membacanya. Buku ini sarat dengan fakta dan huraian menerangkan tentang fitnah yang berlaku terhadap para sahabat Rasulullah. Buku ini juga menceritakan asal- usul puak Syiah yang timbul pada zaman pemerintahan Khalifah Uthman r.a. Kita semua sedia maklum adanya puak Syiah di muka bumi Allah ni. Di Malaysia pun ramai. Tapi kita mungkin tak tahu dengan mendalam pasal Syiah, siapa yang mengasaskan fahaman ni, dan apa yang dipegang oleh mereka. Melalui buku ni, barulah saya tahu bahawa pengasas Syiah adalah Abdullah bin Saba'. Dia ni bekas Yahudi yang masuk Islam. Dialah yang mula- mula menimbulkan fitnah terhadap Khalifah Uthman. Dia telah mengumpulkan pengikut yang terpedaya dengan dakyahnya, meliputi beber...