The Preschooler's Busy Book dari Trish Kuffner
Bismillahirrahmanirrahim
Hari ini, jumaat hari yang paling cerah untuk beberapa minggu yang telah dilalui. Lalu saya ajak Muna untuk keluar ke bandar. Disambutnya ajakan saya dengan ceria.
"What do you want to buy at the city?" tanya saya.
Tidak silap saya dia mahu membeli sesuatu yang dapat dijadikan aktiviti.
Begitulah kebiasaan jawapan yang saya selalu berikan bila Muna bertanya apabila kami keluar ke Portswood atau City Center. Jawab saya, untuk membeli buku- buku cerita, sedikit permainan, dan bahan- bahan aktiviti untuk homeschooling. Di bandar, Muna tetap dengan kehendaknya yang diidamkan sejak dari rumah- bubbles. Maka, mainan lain walaupun saya menawarkan kepadanya, tetap tidak mahu. Adalah sepeket belon diambilnya kemudian selepas mendapat buih- buih sabun di The Works, dia kelihatan puas. Tidak seperti Maryam yang kelihatan seperti teringin banyak benda. ;)
Malam ini ingin saya kongsikan sedikit bacaan dari buku The Preschooler's Busy Book dari Trish Kuffner yang dibeli di Amazon.co.uk. Harapnya buku ini memberi kesegaran buat saya merancang hari bersama anak prasekolah saya. Terima kasih buat sahabat saya, Ninie di Malaysia, yang mencadangkan agar saya berkongsi isi kandungannya.
Ada 9 bab, di sini akan saya kupas secara ringkas sedikit isi dalam bab 1 yang penting sebagai asas.
Chapter 1: Help! I have a Preschooler!
Anak- anak prasekolah ni berusia bermula 3 tahun, yang mana mereka mempunyai banyak tenaga. Jika kita tidak sediakan aktiviti yang menyeronokkan buat mereka, tentu banyak perangai pelik yang perlu kita hadapi.
Antara cadangan penulis ialah:
1. Sediakan satu 'Baker's Box' di dapur
Ketika kita sibuk di dapur, satu kotak kita sediakan dengan alatan dapur yang tidak pecah, antaranya
bekas bakar kek
acuan biskut
cookie sheet
sudu penyukat
acuan muffin
pinggan
cawan
sudip
2. Busy Box juga disediakan di dapur. Isikan dengan,
gunting selamat untuk kanak- kanak
buku mewarna
kertas A4 berwarna
acuan biskut
krayon
gam
cop (yang menarik)
kertas
play doh
stiker
tape
3. Job Jar
Gunting kertas- kertas kecil yang bertulis kerja- kerja rumah yang mudah untuk dilakukan oleh anak dan masukkan ke dalam satu balang atau kotak.
4. Bawa Busy Bag yang mengandungi
buku mewarna dan kertas
krayon dan marker
puzzles dsb yang mudah dibawa
5. Gilirkan mainan dan buku. Selepas 4-6 minggu, keluarkan mainan atau buku lain yang disimpan.
6. Crazy Can. Tulis aktiviti di atas kertas kecil dan masukkan dalam tin/ bekas. Aktiviti yang dimasukkan adalah aktiviti yang boleh dilakukan segera, tanpa persiapan yang banyak, dan boleh dilakukan tanpa pengawasan kita.
7. Sentiasa cari aktiviti dan pengalaman baru.
MERANCANG AKTIVITI
1. Sediakan jadual aktiviti (boleh buat sendiri atau gunakan jadual yang telah disediakan di dalam buku)
2. Gunakan plan aktiviti mingguan untuk merancang bahan yang perlu dibeli atau disediakan sebelum hari tersebut.
3. Sediakan senarai - apa yang perlu dipersiapkan sebelum anak melakukan aktiviti.
4. Rancang aktiviti semasa anak berada bersama pengasuh, supaya pengasuh tau menonton TV bukanlah satu pilihan.
5. Sediakan aktiviti yang menyeronokkan apabila tiba waktu terluang yang tidak dijangka.
STOK SIMPANAN BARANG- BARANG KRAF
aluminium foil-tudung botol-kotak2- beg kertas coklat- butang- lilin- kadbod- katalog- kotak bijirin sarapan- chopsticks- sepit baju- bekas kopi dan penutupnya- syiling- kapas- kacang kering- pasta- bekas telur- kulit telur- bekas kosong dan penutup- sampul surat- perca kain- kad ucapan terpakai- berus gigi lama- getah gelang dan macam- macam lagi yang anda rasa boleh menjadi menyeronokkan untuk dibuat aktiviti.
dan bahan- bahan alat tulis yang boleh dibeli di kedai.
TENTANG TELEVISYEN
1. Pilih rancangan: yang menghiburkan dan boleh menanam nilai yang baik
2. Hadkan tontonan untuk anak setiap hari. Ingat, masa yang digunakan untuk anak menonton TV adalah masa yang ia tidak gunakan untuk melakukan perkara yang lebih baik seperti beraktiviti, membaca, dan menggunakan imaginasi.
3. Bila mungkin, tonton dengan anak. Apabila kita kaitkan sesuatu yang ditonton dengan hidup mereka, kita akan dapat membantu mereka berfikir tentang apa yang mereka lihat.
4. Jadilah contoh buat anak. Anak belajar dari tindakan kita, bukan dari kata- kata kita.
Kita tidak perlu menghabiskan 100% masa untuk bersama anak dalam proses membangunkan diri mereka. Dengan menyediakan aktiviti yang mudah dan menyeronokkan, meletakkan kepentingan pada kegembiraan dan pembelajaran berbanding rupa rumah anda, dengan bercakap dengan kadar yang mampu difahami mereka, kita sebenarnya menjadikan diri mereka lebih berkemampuan dan yakin.
Bukan sahaja kita dapat menyediakan anak ke alam persekolahan, malah memberikan kenangan indah untuk zaman kanak- kanak mereka.
Contoh Plan Aktiviti Mingguan
(dalam bentuk jadual)
Minggu:____
Hari|Aktiviti| Bahan yang perlu disediakan
(tamat huraian ringkas bab 1)
Chapter 2: Rainy day play (aktiviti hari hujan)
Chapter 3: Kids in the kitchen
Chapter 4: Outdoor adventure
Chapter 5: Out and about
Chapter 6: Reading, writing, arithmetic and more
Chapter 7: Music, dance and drama
Chapter 8: Arts and craft
Chapter 9: Birthdays and holidays
Bab seterusnya mengandungi cadangan aktiviti yang boleh dipilih oleh ibu bapa dan guru atau pengasuh, berdasarkan usia dan kemampuan kanak- kanak. Terlalu banyak untuk saya taip kembali, diharapkan sahabat semua dapat google, atau lebih mudah, miliki akaun Pinterest di internet dan simpan apa sahaja yang anda minati dan temui! Segalanya cuma di hujung jari, InshaAllah.
Cukup setakat ini, dari saya yang masih lagi bergelut dalam mencapai istiqamah. Sedikit ilmu yang dapat saya kongsikan, mudah- mudahan ramai yang beroleh manfaat.
"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya DIA akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu," surah Muhammad ayat 7
Renungilah wajah anak- anak kecilmu selagi mampu :)... Sesungguhnya tawa mereka muzik yang cukup meriangkan jiwa. Penghargaan mereka buatmu menggunung tinggi, hingga sang ibu dan bapa terasa, seakan- akan tiada pernah dalam hidupnya dihargai sebegitu. Tangisannya di malam hari mengejutkan lenamu, memintamu meluangkan sedikit masa meminta dari Allah buat diri kalian sekeluarga. Renungilah....
- Diane Loomans, If I Had My Child to Raise Over Again
Wasalam, terima kasih atas kesudian singgah :)

If I had my child to raise over again,
I'd finger paint more, and point the finger less.
I'd do less correcting, and more connecting.
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less, and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious, and seriously play.
I'd run through more fields, and gaze at more stars.
I'd do more hugging, and less tugging.
I would be firm less often, and affirm much more.
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd teach less about the love of power,
And more about the power of love.
It matters not whether my child is big or small,
From this day forth, I'll cherish it all.
- Diane Loomans, If I Had My Child to Raise Over Again
Wasalam, terima kasih atas kesudian singgah :)
Comments
Post a Comment