Kelahiran baru, pengalaman baru ;)
Bismillahirrahmanirrahim..
Kembali mengelap sel- sel otak yang berhabuk.. Entah berapa bulan tidak cuba menulis, kali ni, dalam hari ke 22 berpantang anak kedua.. saya ingin menceritakan sedikit sebanyak pengalaman melahirkan Maryam di negara orang. Rugi rasanya jika tak dicatat, kenangan yang mudah- mudahan memberi pelajaran, bukan sekadar penghias kotak memori.
40 minggu + 3 hari membawa Maryam setiap masa sehingga 19 Mei 2014. Umi, Abah dan Mak itam telah pun sampai ke Southampton 13 Mei 2014, sudah merasa angin UK yang sejuk di musim panas. Tapi 6 hari kemudian barulah Maryam benar- benar nak keluar melihat dunia. Seharian turun tanda mukus berdarah, dan contraction yang sedikit- sedikit pada 18 Mei. Lalu saya menelefon labour ward PrincessAnne Hospital untuk berbincang adakah perlu ke hospital. Begitulah cara di sini, sekurang- kurangnya tak perlulah saya menunggu katil di hospital :). Alhamdulillah, rumah kami dekat dengan hospital, dan Allah takdirkan suami menyewa kereta pada hujung minggu tersebut.
Tengahari Ahad, 18 Mei, ditemani suami ke Obstetric Day Unit PAH untuk diperiksa jantung kandungan dan pergerakannya. Alhamdulillah, semua dalam keadaan baik. Kata midwife, show (tanda akan bersalin) memang ada, tapi contraction masih belum bermula. Kami akur dan suami membawa saya berjalan- jalan di ASDA. Tak mampu saya untuk banyak berjalan..terasa kandungan semakin menurun. Sempat juga saya meminta ais krim Sprinkle Gelato hehe. Mengidam kali final.
Malam: contraction semakin kerap, sehingga saat sepuluh minit sekali, barulah saya menelefon midwife. Kami berbincang dalam kesakitan saya. Ada kala midwife menunggu saya menahan sakit sebelum berbicara. Beliau meminta saya ke hospital lagi untuk diperiksa. Hampir jam 11 malam, kami berdua meninggalkan rumah, dan saya sudah mengalami sakit yang agak kuat. Ketika itu Muna terjaga dari tidur dan menangis.. kami tinggalkan kepada abah untuk menguruskannya.
11.45 malam, di ruang menunggu Obs. Day Unit, sakit semakin kuat dan ditenagkan oleh suami. Bila dipanggil, cepat- cepat saya berjalan masuk ke ruang pemeriksaan sebelum sakit contraction datang lagi.
"You gonna stay here for 20 minutes'" begitulah lebih kurang kata midwife. beliau hanya menyuruh saya mengawal pernafasan apabila sakit contraction datang kembali. Suami sentiasa menyuruh istighfar. Saya gagahkan membaca penghulu istighfar...
Ya Tuhanku, engkau Tuhanku, tiada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menciptakanku, dan aku hanya lah hambaMu, dan aku aku punya ikatan janji denganMu, aku cuba laksanakan sedaya upayaku, aku berlindung denganMu dari kejahatanku,aku mengaku ya Allah akan segala nikmatMu, aku mengaku akan segala doasa- dosaku, ampunkanlah aku...tiada yang mengampuni selainMu...
Merayu- rayu kesakitan.
Bunyi nafas menjadi bunyi meneran dengan sendirinya. Midwife berbaju hijau masuk. Meminta saya bertahan dan mengawal pernafasan.
"I'm feeling pushy!!!" entah apa- apalah racauan saya masa itu.
"Can you please get me a midwife outside," pinta midwife berbaju hijau kepada suami.
Midwife berbaju biru yang saya temui sesampai di kaunter resepsi masuk, diikuti midwife berbaju kelabu.
Saya tahu ini kemuncaknya.
Saya dibertahu midwife berbaju biru yang kepala bayi sudah selamat keluar. Sekali lagi meneran, Alhamdulillah...Maryam kemudian diletakkan di atas badan saya. Saya bersyukur dan mengucapkan salam buat puteri kedua kami.
"That's really quick isn't it?" para midwife yang berada di situ seperti teruja.
"It's not usual for delivery to happen in the day unit" kami semua ketawa.
Syukur... Alhamdulillah. Tidak sampai sejam..Maha baik Allah yang memudahkan segala- galanya.
Pukul 12.28 pagi, 19 Mei 2014.
Saya tidak digunting untuk kelahiran kali ini, dan koyak /tear pada vagina lebih besar berbanding dulu (2nd degree)
InshaAllah kisah debaran untuk dijahit akan disambung nanti :)
Jumpa lagi...jazakumullahukhair..
Untuk melihat antara beberapa pengalaman yang saya alami di Princess Anne Hospital, anda boleh saksikan rancangan One Born Every Minute di Youtube yang dijalankan di hospital ini. Satu rancangan yang menarik di Britain :)..AMARAN: VIDEO INI HANYA LAYAK DITONTON OLEH KAUM PEREMPUAN SAHAJA ATAS SEBAB AURAT.
terima kasih....

midwife Princess Anne Hospital. tapi bukan mereka dalam cerita ini:)

Alhamdulillah... :)
ReplyDeleteAlhamdulillah..atas doa abg bu n semua :)
ReplyDelete