Kenangan di Princess Ann Hospital

Bismillahirrahmanirrahim.

Setiap hari berangan nak update blog, untuk berkongsi pelbagai perkara yang harapnya ada manfaat untuk orang lain. Bukan salah waktu malam yang pendek (anak tidur= saya tertidur sekali) tapi masalah time management. Sungguh- sungguh telah dipotong masa.

Saat-saat Maryam baru menjengah dunia:)... Syukur Alhamdulillah.

Kali ini saya nak ceritakan antara pengalaman berinteraksi dengan midwife atau bidan, yang bertugas sepanjang saya berada di P. Ann Hospital. Hospital ini adalah maternity hospital/ hospital bersalin, jadi yang berada di hospital ni bukan nurse biasa, majoritinya adalah midwife. Mungkin ada nurse, tapi setakat yang saya jumpa, semuanya midwife. (Dan sangat sukar nak lihat staf lelaki, kecuali seorang dua.)

Setiap pertama kali bertemu dengan mereka, untuk diperiksa atau apa saja, setiap mereka akan memperkenalkan nama masing- masing. (satu pun saya tidak ingat). Contohnya, "Hi, I'm Jane, one of the midwife."

Perbualan- perbualan yang berlaku yang saya catatkan mungkin bukan tepat kerana sudah sebulan berlalu, tapi saya nyatakan setakat ingatan saya bagi menceritakan situasi :)

Di Obstetric Day Unit...

"Excuse me, can I hold the baby for a while?" tanya suami kepada midwife (bidan) selepas Maryam berada atas badan saya untuk skin- to- skin setelah selamat dilahirkan.

"It's better for the baby to stay with the mother'"jawab midwife lembut. Memahami keadaan, saya berkata, "just for 5 minutes, for a religious...""ohh.....but nevermind then" midwife ketawa kecil, menghormati pegangan kami. Dia membantu menghulurkan Maryan kepada suami untuk diiazan dan diiqamatkan. "Be careful she doesn't has the nappy on." Sempat dia berpesan kepada suami.

Beberapa jam kami bertiga dibiarkan bersama dalam Day Unit, barulah saya ditolak ke bilik lain untuk proses jahitan. Di situ saya menerangkan yang saya trauma dengan jahitan semasa bersalinkan Muna. 3 kali dijahit kerana jahitan terbuka dan ada jangkitan kuman. Lantas, midwife yang membantu kelahiran tadi memanggil ketuanya, seorang sister midwife. Bersama- sama midwife lain, saya diperiksa keadaan vagina, katanya saya mengalami second degree tear.

Jenis- jenis koyakan vagina selepas kelahiran

Setelah siap semua persiapan menjahit, saya dikehendaki menyedut gas untuk menahan sakit sebelum disuntak dengan local anesthetic (bius).. walaupun sudah dibius, masa 30 minit dijahit itu sangatlah menyakitkan. Zikirlah peneman dan penenang. Suami juga ada di sisi, tak sanggup nak melihat wajahnya. Saat- saat akhir tiba- tiba terbayang senyuman Muna, dan seolah- olah hilang sekejap rasa sakit.

"You have done really well, I'm gonna give another local, then I'm done." midwife yang menjahit beri sedikit kata- kata semangat.

Bila luka jahitan semakin sembuh, barulah berani nak study tentang jahitan perinnial :)

Alhamdulillah, dua saat yang yang menyakitkan telah saya lepasi dengan izin Allah, dengan selamat. 

"would you like a cup of tea or coffee and toasts?" Tanya midwife kepada saya dan suami. 

Sementara saya berehat di bilik operasi, Maryam diletakkan di dalam inkubator untuk menaikkan suhu badan yang agak rendah. Manakala saya kemudiannya dibersihkan oleh midwife lain.

"Are you mobile?" dia bertanya terlebih dahulu. Lembut sekali.
"No, coz I'm afraid to move after being stitched".. hehe..

Yes. Alhamdulillah, midwife tadi bantu lapkan badan di atas katil.
"I love the smell of your baby bath. It smells fresh" katanya. Menurutnya, bayi tidak disapu dengan apa- apa produk pada kulit mereka sehingga usia bayi 6 minggu.

Kadang- kadang dia terpaksa keluar sebentar, dia meminta maaf kepada saya. Hairan sungguh saya dengan kesopanan dan kelembutannya. Saya sebagai seorang Islam pun tak sebegitu. Mengeluh.

Di luar matahari belum menampakkan diri. Selepas siap semuanya saya diusung oleh midwife tadi, bersama seorang staf lelaki ke wad Burley.


Kita berdua sudah selamat Maryam, Alhamdulillah. Mak nak tidur sekejap... mengantuk tak hilang lagi.
Pukul 10.00 pagi nanti mak kena tolak sendiri Maryam dalam baby cot ke bilik pemeriksaan untuk doktor pediatrik periksa Maryam buat kali pertama. Mereka menggalakkan ibu- ibu berjalan, untuk mengaktifkan badan selepas dijahit. Mak akur ;) hehe.

Whats App telefon bimbit abah Maryam penuh dengan ucapan syukur dan tahniah dari warga Keluarga Soton.

Tiga kali sehari, tumit Maryam perlu dicucuk, darah perlu diperiksa untuk memastikan glukos darahnya tidak kurang dari 3.0.Ini kerana saya mengalami kencing manis semasa mengandung (gestational diabetes). Jika kurang, bilangan 3 kali itu perlu diulang semula.

Memang Maryam tak selesa bila asyik dicucuk (prick) tumitnya. Sikit saja.. Maryam kan kuat :).. Comel sungguh mendengar midwife- midwife yang melakukan heel prick memujuk Maryam.

"I know we're mean. ooohh..I'm sorry puppet."
"Oh you poor thing."
"I'm sorry baby"

Semakin banyak berinteraksi dengan midwife, sama ada di hospital, yang melawat di rumah dan health visitor, semakin saya berminat dengan cara mereka berkomunikasi...tak mungkin juga kalau kita menganggap itu hanya etika mereka di tempat kerja. Kerana kebanyakan individu yang saya temui konsisten mempunyai cara yang hampir sama. Etika kerja juga tak mudah diamalkan hanya sekadar di tempat kerja, pastinya ia perlu dipraktikkan setiap masa.

Ada benarnya kata- kata seorang sahabat Rasulullah saw mengenai ciri- ciri orang Eropah. Jazakallahukhair DR Maza yang menyampaikan tentang ini. Saya petik artikel beliau  di sini.

" ulasan sahabat Nabi s.a.w iaitu ‘Amr bin al-‘As apabila mendengar seorang sahabat yang lain iaitu al-Mustawrid al-Qurasyi meriwayat sabda Nabi s.a.w
“Berlakunya Kiamat dan Rom merupakan manusia terbanyak” (Riwayat Muslim).
Maksudnya, sehingga berlaku Kiamat, bangsa Eropah akan kekal dengan jumlah dan kekuatan mereka. Rom ataupun bangsa Roman adalah bangsa Eropah hari ini. Mendengarkan hadis tersebut, ‘Amru bin al-‘As sebagai seorang yang berpengalaman dengan pelbagai bangsa pada zaman tersebut mengulas dengan berkata kepada al-Mustawrid:
“Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya pada mereka ada empat ciri yang baik. Pertama; mereka paling santun (forbearing) ketika dalam bahaya. Kedua; Mereka paling pantas bangkit selepas bencana. Ketiga; Paling cepat menyerang balas musuh. Keempat; Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah kalangan mereka. Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja”."
Setakat ini dulu kisah saya. Sebulan telah berlalu, setiap hari sungguh berbeza. Antara cabaran utama adalah untuk mengimbangi keperluan dan kehendak dua orang puteri saya. Yang nyatanya kehendak si kakak semakin bercambah dan perlukan lebih kesabaran.

Semoga kisah ini dapat memberi manfaat buat anda yang membacanya.

Jazakumullahukhair atas kesudian singgah:). Maaf atas segala kesilapan dan kelemahan.








Comments

Popular posts from this blog

What Did I Do Today (Dawud Wharnsby)

Printable for Iqra' 1