the purpose of having children- NOTA RINGKAS BUAT DIRI


Aku pernah bertanya diriku, mengapa kita memerlukan anak- anak... adakah ia sekadar memenuhi fitrah manusia yang sukakan anak- anak?

Kemudian Allah pertemukanku dengan jawapanNya melalui lisan Nabi Zakaria dalam Surah Maryam, ayat 5 dan 6:

Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.

Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia - wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai".

Lalu dengan pelbagai kelemahan, aku cuba sentiasa mengingatkan diriku untuk sentiasa berada di atas jalan ini. Semoga Allah membantuku dan keluargaku. Amin T.T

Comments

Popular posts from this blog

What Did I Do Today (Dawud Wharnsby)

Printable for Iqra' 1