Posts

Showing posts with the label Tadabbur Al Qalam

the purpose of having children- NOTA RINGKAS BUAT DIRI

Image
Aku pernah bertanya diriku, mengapa kita memerlukan anak- anak... adakah ia sekadar memenuhi fitrah manusia yang sukakan anak- anak? Kemudian Allah pertemukanku dengan jawapanNya melalui lisan Nabi Zakaria dalam Surah Maryam, ayat 5 dan 6: Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia - wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai". Lalu dengan pelbagai kelemahan, aku cuba sentiasa mengingatkan diriku untuk sentiasa berada di atas jalan ini. Semoga Allah membantuku dan keluargaku. Amin T.T

Catatan Surah Al Qalam (pena)

Bismillahirrahmanirrahim (Rujukan: tafsir ibn kathir) -diturunkan di Mekah -bahagian 1: + Allah bersaksi dengan pena (Persaksian Allah terhadap sst menunjukkan kepentingan benda itu). Allah bersumpah ttg karakter Rasulullah. + ayat berkaitan (96:3-5): Allah mengajar manusia dgn pena apa yang tidak diketahui manusia.. menunjukkan kpd kita bhw Allah mengurniakan manusia kemahiran menulis sebagai cara menyebarkan pengetahuan. + Rasulullah bukan spt dikatakan sbg org gila, malah memiliki kurniaan Allah yg tak pernah putus + Akhlak rasulullah adalah yang terbaik (akhlak baginda adalah Al Quran- Aishah r.a, rwyt Muslim)