Posts

Showing posts with the label Self Reflection

the purpose of having children- NOTA RINGKAS BUAT DIRI

Image
Aku pernah bertanya diriku, mengapa kita memerlukan anak- anak... adakah ia sekadar memenuhi fitrah manusia yang sukakan anak- anak? Kemudian Allah pertemukanku dengan jawapanNya melalui lisan Nabi Zakaria dalam Surah Maryam, ayat 5 dan 6: Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia - wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai". Lalu dengan pelbagai kelemahan, aku cuba sentiasa mengingatkan diriku untuk sentiasa berada di atas jalan ini. Semoga Allah membantuku dan keluargaku. Amin T.T

My life as I draw it

Image

Nota hidupku : Kisah mak si papan lapis

Bismillahirrahmanirrahim Jam menunjukkan pukul 11.07 malam. Mataku segar kerana tadi aku sudah terlebih dahulu lena saat menidurkan Muna. Dipaksa bangun oleh suami supaya menyelesaikan banyak kerja rumah yang tertangguh. Rumah masih bersepah hasil kreativiti anak- anak. Namun aku terasa sangat letih dan culas. Suamiku gagal memujukku bangun. Tetapi dalam masa tidak sampai lima minit kemudian aku mahu tidak mahu bangun setelah Maryam merengek keresahan dengan lampin yang sudah penuh. Itu cerita tadi, sekarang aku perlu menunggu rebusan ayam siap untuk memasak nasi ayam penyet buat hidangan tetamu esok. Suami sudah masuk tidur. Tatkala membasuh ayam tadi fikiranku menerawang jauh ke alam kanak- kanakku. Sehingga kupaksa mindaku untuk kembali fokus kepada ceramah tafsir quran Nouman Ali Khan di Youtube yang sedang terpasang di dapur. Entah dari mana aku mula berkhayal, tidak dapat kupastikan. Ia datang timbul tenggelam. Antaranya aku memikirkan tentang homeschool dan tentang kons...

Mencari keseimbangan

Image
Bismillahirrahmanirrahim November datang sudah. tahun 2015 sudah hampir ke penghujung. Banyak perkara sedang menanti, fasa baru InshaAllah akan kami lalui. Tetapi kematian sentiasa ada di depan mata, dalam kebarangkalian yang sama. Aku cuba setiap hari resetkan diriku dengan taubat. Itulah persiapan ku yang utama. aku cuba bersikap lembut dan memaafkan serta menyayangi, kerana dengan sifat itu juga seorang sahabat Rasulullah yang tidak banyak ibadat menjadi ahli syurga. Aku mengulang- ulang ayat Surah An Nur: 21- 22 bagi menanamkan nasihat Allah itu dalam hati Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan...

MEKAR 2015, Kembara Hamba Mencari Pencipta di bumi Wales

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Dari FB Mekar:) PORT TALBOT WALES, 6-8 April 2015 – HALUAN UK-EIRE dengan jayanya telah melabuhkan tirai program berkala musim bunga di bumi ratu iaitu program Mesra Kembara 2015 (MEKAR) yang dihadiri seramai 64 peserta, setelah 3 hari bersama membina ukhuwah dan mahabbah dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah swt. Dengan bertemakan ‘Kembara Hamba Mencari Pencipta’ MEKAR kali ini sudah pasti mengukir kuntuman ukhuwah dan memori indah di hati para peserta setelah mengikuti pengisian-pengisian serta aktiviti yang disediakan. MEKAR 2015 bermula pada hari pertama 6 April 2015, di mana para peserta mula menghadirkan diri ke L&A Outdoor Centre, Port Talbot, Wales. Aktiviti pertama bermula dengan slot “Mind Setting” dan sesi perkenalan diri yang dikendalikan oleh pengarah program MEKAR 2015, En. Muhammad Firdaus Hashim. Seterusnya, aktiviti disebelah petang dirancakkan lagi dengan pertandingan futsal dan Barbeque yang disediakan khas oleh AJK ME...

Aku dan duniaku

Image
Suatu hari kuku kakiku tertanggal banyak darah mengalir kulit turut terkoyak mengikut kuku mungkin begitulah aku dan dunia terlalu aku terlekat bersama dunia dan bila aku cuba menghilangkan dunia dari hati terasa satu kepayahan dan kesakitan. Hati ini kadang tak mampu membezakan yang mana dunia yang mana akhirat apabila antara keduanya ada pertindihan hanya dengan kalam Tuhan aku renungi kuperoleh nasihat Dia yang maha mengetahui hanya dengan menuruti sunnah kekasihNya, Rasulullah saw kuperoleh hikmah. kerana insan bernama Muhammad saw ini... setiap langkahnya dipimpin Allah azza wa jal. Betapa aku cinta dunia cinta anak- anak cinta suami Ya Tuhanku jadikan mereka jalanku menujuMu inilah medan jihadku ya Tuhanku untuk membina sebuah umat dan negara mengisi nilai dan akhlak insan- insan yang kauberi mandat untuk kujaga suara- suara kecil ini kupohon untuk dapat kupenuhi keperluan mereka setiap saat mereka membesar takkan berulang setiap keluhan dan mementi...

Bila anginku datang

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Hidup tak lari dari ujian. Malah itulah tujuan Allah ciptakan hidup dan mati, untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya (Al Mulk: 2). Ujian datang dari pelbagai sudut. Ujian malah ada 2 bentuk. Ujian kesusahan dan ujian kesenangan (Surah Al Fajr: 15-16). Perasaan marah adalah satu ujian buatku. Jika ada orang yang dilahirkan susah untuk berasa marah, dan ada orang yang bijak mengendalikan perasaan marah, maka mungkin aku ini ibarat murid darjah satu dalam sekolah anger management. Kini 24/7 aku berada di rumah mengendalikan keluarga, maka sebahagian besar perasaan marahku ini pada orang- orang yang paling aku sayangi. Dan tidak pernah sekali perasaan marah itu tidak diiringi kekesalan. Kesal kerana banyak perasaan yang dihamburkan kerana api- apian bisikan was- wasa nafsu dan syaitan (a'uzubillahi minassyaito nirrajim). Pada satu ketika kubuka Quran untuk mencari sebuah petunjuk Allah buat diriku. Ya Allah, aku sentiasa ingin mengharapkan Engk...

Monolog hati yang dilanda futur

Image
Bismillahirrahmanirrahim Terkadang terasa habis kata mengenangkan hati yang lemah kerana diri ini memilih jalan sendiri. Bukan jalan taqwa. Walau payah, bangkitlah dan melangkahlah di jalan sunnah. Kerana di situlah tersimpan segala hikmah.

P.s : I love you

Bismillahirrahmanirrahim Rentetan dari luahan rasa para isteri tempoh hari tentang sedikit masalah komunikasi dengan suami, hati saya kembali bermuhasabah tentang cara komunikasi dengan suami tersayang. Usia perkahwinan yang baru 4 tahun, banyak sekali didikan Allah. Fasa demi fasa saya lalui..jika dulu banyak sekali perasaan tidak puas hati, almaklumlah baru mengenal hati budi. Kini saya sedar, jika mata saya yang asyik terpandang masalah sana sini, maka ada sudah pasti ada yang tak kena dengan hati saya, kaca mata saya. sedangkan Allah jadikan hidup ini, dan kelemahan- kelemahan makhluknya satu perkara yang indah apabila kita kembalikan segalanya kepada Dia. Apabila kita mengeluh dan mengadu di hadapannya, itulah saat indah. Perubahan yang saya lalui, berlaku begitu perlahan dn saya sendiri tidak menyedarinya setiap hari. Saya perlu dinasihati setiap hari. Nasihat yang paling suci dari Al Quddus..ada di dalam Al Quran. Bacalah. Kita akan temukan nasihat Allah sesuai dengan kep...

A book that is according to JUST us. Is there any???

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Yes, when we go to a library or bookshop, we can spend more than 1 hour to search for a book of our interest. Can it be just a single book that can change its contents according to its reader? Hehe... I mean, it is like a magic book. You just buy it, and whenever your emotion or thought changes, the book that you read changes to according to you. As well as songs. When I was a teenager, I love to search for songs that portray my feeling of emotion at any specific moment. Listened to it, I feel satisfied, and the next day i will going to search for another songs. or when if I am bored with the old song. Alhamdulillah, now I'm bound to read just a same book, everyday. Anytime. And the contents that I read do speaks to me in any situation that I am facing. The words are precise, it contains advices, it is not meant to sway your moods, and the most important, it is from THE ONE who really knows you, before you were born. (Not like those singer...

My life now, I'm lovin it! Alhamdulillah...... :D

Image
Bismillahirrahmanirrahim. I know my English is too broken to be used in this story, but perhaps, because of my limited vocabularies, I can keep the message simple but still understandable. It's been 17 months I left my job on an unpaid leave, to accompany my husband in the UK for his study. This is the period for me as a housewife. Some may say, what's in a housewives' life? They don't go out much, not socializing everyday like those women at work, are they just wake up, prepare food, and go to sleep anytime they feel tired (with their babies)? Haha. Yes, for me it's true if one say that some housewife don't talk a lot about shoes and handbags because they do not have much freedom of money. However, I found my life as a housewife is richer than I am anything else before:) Alhamdulillah. The most precious thing that I found now, is the Quran. Obviously, how well I manage my time at home lies in the barakah of reading Al Quran as the first thing in the m...

Hidup: Ujian membuat pilihan

Image
Begitulah definisi kehidupan yang aku fahami. Yang lebih tepat dan mudah untuk difahami, disampaikan oleh Ustaz Hasrizal. Baru- baru ini aku cuba mengehadkan penggunaan Facebook. Setelah berminggu- minggu berkonflik memikirkan betapa banyaknya Facebook mencuri masaku. Aku telah merancang banyak perkara, namun atas kelemahan disiplin, banyak yang terkandas kerana Facebook. Kita sedia maklum bagaimana Facebook mencuri hayat kita ;P... Tidak memiliki Facebook sebenarnya susah juga. Kerana aku berada di luar negara, Facebook merupakan medium utama perhubungan dengan keluarga di Malaysia. Selain itu, aku mempunyai beberapa sesi ilmu yang ingin kukongsi bersama teman- teman di Southampton ini. Dan akhir sekali, yang paling berat untuk kutinggalkan adalah, tanggungjawab untuk berdakwah melalui Facebook... Seperti yang selalu diingatkan oleh suami. Tidak syak lagi, Facebook memang penting andai kegunaanya dioptimumkan kerana Allah. Dakwah, menjadi luas dengan adanya Facebook. Bukan...

Tahajjud... oh how hard!!!!

Assalamualaikum wrb.. I was moved to write this article after my friend had told me how it is hard for her to wake up for tahajud. Actually, the first thing is, yes, it is NOT EASY and I myself can't still be consistent with it everyday. Because for me, being able to wake up for tahajud is a gift from Allah to HIs servant who is really, really wish to meet Him.  What is the goodness of tahajjud? There are a lot, from Al Quran and the hadith of our beloved prophet pbuh. (saw) Allah Most High said, Establish worship at the going down of the sun until the dark of the night, and (the recital of) the Quran at dawn. Lo! (the recital of) the Quran at dawn is ever witnessed. And some part of the night awake for its recital, as voluntary worship for you. It may be that your Lord will raise you to a praised estate. [Quran, 17: 78-79] Abu Hurayra (Allah be pleased with him) reports that the Messenger of Allah (blessings and peace be upon him, his family, and companions) said, T...

Increase your eeman:)

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Eeman/ Iman can increase and decrease. One way to increase our iman (faith to Allah) is by talking about the greatness of Allah and to cancel other influence in our life. We can do it easily to our children, anytime, anywhere , without feeling shy. Yeah sometimes when we heard a person is talking about Allah all the time, we would say in our heart, "Why, he must be so pious." Actually it is a training to keep the heart close to the One that gives us everything. the One that we depend to. Let's do it together InsyaAllah.