Aku dan duniaku



Suatu hari kuku kakiku tertanggal
banyak darah mengalir
kulit turut terkoyak mengikut kuku
mungkin begitulah aku dan dunia
terlalu aku terlekat bersama dunia
dan bila aku cuba menghilangkan dunia dari hati
terasa satu kepayahan dan kesakitan.

Hati ini kadang tak mampu membezakan
yang mana dunia yang mana akhirat
apabila antara keduanya ada pertindihan
hanya dengan kalam Tuhan aku renungi
kuperoleh nasihat Dia yang maha mengetahui
hanya dengan menuruti sunnah kekasihNya, Rasulullah saw
kuperoleh hikmah. kerana insan bernama Muhammad saw ini...
setiap langkahnya dipimpin Allah azza wa jal.

Betapa aku cinta dunia
cinta anak- anak
cinta suami
Ya Tuhanku
jadikan mereka jalanku menujuMu
inilah medan jihadku ya Tuhanku
untuk membina sebuah umat dan negara
mengisi nilai dan akhlak insan- insan yang kauberi mandat untuk kujaga
suara- suara kecil ini kupohon untuk dapat kupenuhi keperluan mereka
setiap saat mereka membesar takkan berulang
setiap keluhan dan mementingkan diriku takkan terganti dengan coklat dan mainan
setiap saat akan ada ujian
setiap ujian meminta kesabaran
ya Allah...teguhkan hati yang mudah luluh
dengan ikatan taliMu
yang takkan putus.

ﺍﻟْﻤَﺎﻝُ ﻭَﺍﻟْﺒَﻨُﻮﻥَ ﺯِﻳﻨَﺔُ ﺍﻟْﺤَﻴَﺎﺓِ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ۖ ﻭَﺍﻟْﺒَﺎﻗِﻴَﺎﺕُ ﺍﻟﺼَّﺎﻟِﺤَﺎﺕُ ﺧَﻴْﺮٌ ﻋِﻨْﺪَ ﺭَﺑِّﻚَ ﺛَﻮَﺍﺑًﺎ ﻭَﺧَﻴْﺮٌ ﺃَﻣَﻠًﺎ

Wealth and children are the adornment of the life of this world. But the good righteous deeds (five compulsory prayers, deeds of Allah's obedience, good and nice talk, remembrance of Allah with glorification, praises and thanks, etc.), that last, are better with your Lord for rewards and better in respect of hope.

(18:46)

Ummu Safiyyah
12/3/15 (ulangtahun kelahiran Almarhum Kekanda Amir Amzah Ismail)
6:06 pagi
Southampton, UK.

Comments

Popular posts from this blog

What Did I Do Today (Dawud Wharnsby)

Printable for Iqra' 1