Hidup: Ujian membuat pilihan

Begitulah definisi kehidupan yang aku fahami. Yang lebih tepat dan mudah untuk difahami, disampaikan oleh Ustaz Hasrizal.

Baru- baru ini aku cuba mengehadkan penggunaan Facebook. Setelah berminggu- minggu berkonflik memikirkan betapa banyaknya Facebook mencuri masaku. Aku telah merancang banyak perkara, namun atas kelemahan disiplin, banyak yang terkandas kerana Facebook. Kita sedia maklum bagaimana Facebook mencuri hayat kita ;P...

Tidak memiliki Facebook sebenarnya susah juga. Kerana aku berada di luar negara, Facebook merupakan medium utama perhubungan dengan keluarga di Malaysia. Selain itu, aku mempunyai beberapa sesi ilmu yang ingin kukongsi bersama teman- teman di Southampton ini. Dan akhir sekali, yang paling berat untuk kutinggalkan adalah, tanggungjawab untuk berdakwah melalui Facebook... Seperti yang selalu diingatkan oleh suami.

Tidak syak lagi, Facebook memang penting andai kegunaanya dioptimumkan kerana Allah. Dakwah, menjadi luas dengan adanya Facebook. Bukan kerana aku ni baik sangat, seronok sangat untuk berdakwah dan menyampaikan kata- kata yang baik, cuma aku sendiri memerlukan dakwah itu. Aku perlu menyampaikan kebaikan itu, kerana aku perlukannya.

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung. (QS. 3:104)
Bismillah
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
A001
A002
A003
Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula BERPESAN- PESAN DENGAN KEBENARAN serta berpesan-pesan dengan sabar.  

*************

Ya, bukan kerana aku baik, tapi kerana aku ingin mencari kejayaan, dan menghindarkan diriku dari kerugian.

Berat untuk meninggalkan Facebook kerana tujuan yang ini.

Namun, kerana lemahnya imanku, aku memilih untuk 'stay away' dari Facebook crowd, untuk aku lebih banyak menggunakan masa untuk membaca buku, artikel- artikel bermanfaat yang lebih terfokus (bukan main klik saja kalau nampak menarik), mencari bahan- bahan pengajaran untuk toddlerku, Muna, serta lebih banyak menulis. Tetapi kuwujudkan sebuah akaun FB lain untuk tujuan perhubungan semata- mata, dan sedikit perkongsian.

Ya Allah, aku pohon keampunanMu. Aku sendiri tidak pasti, adakah ini jalannya yang diambil oleh sahabat Rasulullah, saat fitnah menjelma... iaitu pergi jauh dari Madinah, dan mengembala kambing, menyebar Islam ke tempat lain... Sebenarnya kerana lemah iman, biarlah kutinggalkan sebentar pilihan popular yang dibuat oleh hampir semua orang. Ingin menikmati pilihan 'kekampungan' kata Ustaz Hasrizal.

Tahun 2014, perlu dimanfaatkan, bekal sebanyak- banyaknya perlu dicari untuk pulang... dijangka tahun depan, InsyaAllah kalau diizinkan Allah. Pulang ke Malaysia. Tapi pulang ke pangkuan Allah tidak tahu bila. Maka aku pinta Allah tetapkan hatiku untuk menjaga masa.


'Lari' dari Facebook, aku hanya melakukannya atas doa kepada Allah. Aku tidak pasti dengan pilihanku. Dan tiada keputusan yang betul ataupun salah, cuma akulah yang perlu merealisasikan kejayaan keputusan itu. Doa itu dimakbulkan saat kita berusaha, kan...

"Ya Allah limpahkanku dengan kesabaran, dan tetapkan pendirianku..." :'(

Untuk beberapa hari ini aku rasa cukup tenang tanpa membaca status- status manusia yang pelbagai di Facebook :D

“Dari sebaik-baik nya muslim seseorang yang meninggalkan hal yang tidak berguna (kesia-siaan/yang bukan urusannya). (Musnad Ahmad ;135/3)”

Allah tidak mengurniakan kita dua hati.

Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya; (Al Ahzab:4)

Comments

Popular posts from this blog

What Did I Do Today (Dawud Wharnsby)

Printable for Iqra' 1