Nota hidupku : Kisah mak si papan lapis
Bismillahirrahmanirrahim
Jam menunjukkan pukul 11.07 malam. Mataku segar kerana tadi aku sudah terlebih dahulu lena saat menidurkan Muna. Dipaksa bangun oleh suami supaya menyelesaikan banyak kerja rumah yang tertangguh. Rumah masih bersepah hasil kreativiti anak- anak. Namun aku terasa sangat letih dan culas. Suamiku gagal memujukku bangun. Tetapi dalam masa tidak sampai lima minit kemudian aku mahu tidak mahu bangun setelah Maryam merengek keresahan dengan lampin yang sudah penuh.
Itu cerita tadi, sekarang aku perlu menunggu rebusan ayam siap untuk memasak nasi ayam penyet buat hidangan tetamu esok. Suami sudah masuk tidur. Tatkala membasuh ayam tadi fikiranku menerawang jauh ke alam kanak- kanakku. Sehingga kupaksa mindaku untuk kembali fokus kepada ceramah tafsir quran Nouman Ali Khan di Youtube yang sedang terpasang di dapur.
Entah dari mana aku mula berkhayal, tidak dapat kupastikan. Ia datang timbul tenggelam.
Antaranya aku memikirkan tentang homeschool dan tentang konsep multilingual parents yang aku dan suami amalan di rumah.
Aku teringat semasa aku kecil, Bahasa Inggeris menjadi subjek paling kucintai. Bersekolah di sekolah kampung, teman- teman di sekolah pun kagum denganku. Haha. Di sekolah kampung ya.
Saat usia masih di sekolah rendah juga, aku memberanikan diri berbual dengan seorang wanita Inggeris di lapangan terbang semasa menghantar abang iparku ke Mekah. Ketika berbual, mataku tertangkap wajah tua arwah ayah yang sedang memandang penuh bangga.
Rindunya pada ayah. Allah...rahmati ayahku..
"Hang tak payah la pi belajaq luaq negara. Tunggu ayah mati lah baru hang pi" begitulah lebih kurang maksud kata- kata ayah semasa aku membelek- belek buku prospek Glasgow School of Arts yang dipos ke rumah.
Sudah lebih 10 tahun sejak ayah berkata begitu. Kini aku sedang berada di bumi England, menemani suami dengan perjuangan PhDnya.
Peluang tinggal di UK, bukan sebagai pelancong, bukan sebagai pelajar ijazah, apatah lagi pasca siswazah. Hanya sebagai seorang suri rumah. Nilai pengajarannya cukup berbeza. Di tahun terakhir ini semakin jelas setiap satu pengalaman yang kulalui, berjalan di atas satu tujuan yang berada dalam minda sedarku.
Tahun pertama dan kedua aku banyak meminta kepada Allah agar Dia tunjukkan jalan buatku dalam mencari erti di sebalik hijrah ke UK. Alhamdulillah, syukur kupanjatkan buatNya yang Maha Mendengar. Maka di sinilah aku, menjadi pengurus sebuah rumahtangga syurga idamanku, membesarkan anak- anak dengan tanganku, terasa puas atas fitrah yang terpenuhi. Mungkin sekurang- kurangnya untuk tiga tahun setengah ini, dan bekal pengajaran buat melalui hari- hari mendatang sebagai seorang ibu yang bekerja (di Malaysia) InshaAllah.
Di titik ini, aku merenung kembali masa silamku sebagai seorang kanak- kanak yang rendah keyakinan diri. Bagai wayang terputar di latar minda. Membesar sebagai seorang remaja yang 'mesra' dengan gelaran papan lapis, cengkung, lengkung, tirus, lidi dan seumpama dengannya.
Hatiku tersenyum menonton babak- babak itu dalam layar fikiran.
Di sana aku melihat diriku cuba berada bersama teman- teman dalam dunia mencari hiburan, kegembiraan, dan populariti. Mencuba menjadi cantik dengan pakaian yang dikatakan cantik oleh teman yang pandai bergaya. Pakaian yang mempunyai potongan badan menjadi indah di mataku. Saat mengenakannya terasa cantik seperti teman lain. Namun apabila aku melalui cermin- cermin besar, ada satu kekosongan dan kehampaan yang aku tak mampu ungkapkan.
"Ko macam penagih dadah bila pakai baju ni" ujar seorang teman semasa ku di sekolah menengah. Saat itu mengguris luka yang bertahun- tahun lamanya untuk sembuh. Menjunamkan sebuah keyakinan diri lebih jauh ke bawah.
Teman itu sudah kumaafkan dari jauh. Kutahu, dia pun masih muda ketika itu sepertiku dan kurang menyedari tindakannya.
Mula memasuki alam pekerjaan, keyakinan diri masih dicorakkan oleh pandangan mata- kasut tumit tinggi, tas tangan cantik dan berjenama, baju kurung yang pelbagai fesyen, tudung shawl, malah baju t shirt lengan pendek dengan hanya inner ketat atau stokin tangan yang menampakkan jelas bentuk lengan. Oh.
Namun di alam pekerjaan aku sudah mula menerima gayaku yang tidak begitu bergaya.
Dengan anak- anak kecil, aku juga lebih selesa mengenakan apa yang lengkap menutupi aurat dan menjadi pakaian solat di mana- mana sahaja, pakaian yang mudah dan murah. Boleh dikatakan hampir 100% pakaianku dan keluarga kubeli dari kedai charity. Kalau di Malaysia, mungkin lebih dikenali sebagai kedai bundle. Alhamdulillah masih selamat untuk kulit :).
Kini, setelah melalui fasa- fasa kematangan yang adakala terasa perit untuk dikenang, aku menyimpan nota hidup ini sebagai penduan buat anak- anakku. Aku membesar dengan bergelut dengan konflik keyakinan diri, maka sudah tentu aku mahu anak- anakku dan anak- anak lain membesar dengan sudut pandang yang benar dari Allah, Pencipta kita. Bukan sudut pandang manusia yang lemah.
*
Anak- anakku, Muna, Maryam dan yang seterusnya (InshaAllah)...
Inilah sebabnya mak tak mau perkenalkan kamu berdua dengan gadis- gadis dan puteri- puteri Disney. Mak tak mau keindahan seorang wanita tu dicalarkan oleh perempuan- perempuan Disney yang menggambarkan kecantikan pada rupa, pada pakaian, apatah lagi pada yang mendedah di sana sini. Dan untuk memperoleh cinta seorang lelaki, bukan semudah menemui Prince Charming di mana- mana dn jatuh cinta. Sungguh- sungguh mak terasa ingin menyebat Disney kerana mak juga telah membesar dengan menonton kartun - kartun dan filem- filemnya. Merasa apa yang adengan - adengan dilakukan dalam cerita itu semuanya normal. Sedang opah, terus- terusan melarang mak menonton 'cium- cium'. Kini baru mak faham. Itu tidak normal untuk ditonton secara terbuka. Harap ibu bapa yang lain juga faham dan menyelamatkan anak mereka dari menjadi mangsa 'normalisasi' budaya kotor barat.
Anak- anakku.
Mak tak kisah dah dengan gelaran papan lapis yang pernah diterima dulu. Kerana kasih sayang Allah tidak mengenal siapa. Dengan tubuh kurus mak ini, mak telah melahirkan dua orang insan yang cantik di mata seorang ibu. Amanah dari Allah untuk mak jaga sebaik- baiknya. Rahmat dari Allah yang menjadikan mak berusaha memperbaiki diri dalam melaksanakan tanggungjawab ini.
Mak juga gembira sekali dapat menyusukan Maryam sepenuhnya, Inshaallah. Semuanya rezeki dari Allah dan rupanya tidak benar pandangan mengatakan ibu yang kurus kurang susu badan.
Mak tak kisah dah dengan pandangan manusia. Mungkin beberapa saat mak akan terguris, tapi mak tahu pandangan Allah lagi penting. Yang lebih berjaya adalah orang- orang yang takut kepadaNya. Takut kepada manusia, kita akan lari dari manusia. Takut kepada Allah, kita malah akan lari kepadaNya.
Anak- anakku,
Teruslah membesar dengan mengenal apa yang Allah suka, dan apa yang Allah benci. Dari sekarang mak dan abah akan sentiasa mengulang- ulang dan menyuburkan tauhid dalam diri kami dan kalian. Biiznillah.
Jiwa mak tertawa saat mengenangkan Ibn Mas'ud, seorang sahabat Rasulullah saw, antara yang terhebat. Beliau juga bertubuh kurus dan pernah ditertawakan sahabat lain.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw menyuruh Abdullah bin Mas’ud memanjat sebuah pohon untuk memetik buahnya, ketika para sahabat melihat betis kakinya mereka tertawa, maka Rasulullah saw bersabda : "kalian menertawakan betis Ibnu Mas'ud ..., sesungguhnya kedua betisnya di sisi Allah lebih berat timbangannya dari Gunung UHUD..."
Di riwayat yang lain: "Apa yang kalian tertawakan? sungguh kaki Abdullah bin Mas’ud lebih berat timbangannya pada hari kiamat dari siapapun”. *(HR. Ahmad, Ibnu Sa’ad dan Abu Na’im)*"
MashaAllah. Ini kerana sumbangan Ibn Mas'ud dalam Islam sangatlah besar.
Anak- anak,
Mari ya. Kita cuba sentiasa bersyukur untuk semua perkara. "Alhamdulillah fi kulli hal"
Kita tanamkan keyakinan kita atas perkara yang kukuh lagi benar iaitu Islam dan Redha Allah.
Bila kita kenal Allah, nampak Allah lagi besar, InshaAllah. Orang- orang yang menyakiti hati kita tu nampak kecil. Ia perlu dilatih. Inshaallah.
Pernah memakai uniform tentera, berpaku di bahu tanda pangkat leftenan muda, mendapat tabik hormat, makan semeja dengan leftenan kolonel, menjadi usher pengiring sesi penyampaian cenderahati oleh Sultan Selangor di majlis bankuasi. Semua itu adalah sekelumit kisah mak dalam mengenal diri. Rupana jauh di sudut hati mak bencikan protokol. Walaupun nampak gah. Hahaha.
Jauh diterbangkan ke UK...dengan mudahnya Allah temukan insan- insan yang cukup mudah menjalinkan ukhuwah. Insan- insan hebat yang tak dikenali manusia ramai, tapi mak mengagumi hasil acuan tarbiyah mereka- anak- anak mereka. Mereka penuh dengan rasa rendah hati, malah menghargai diri yang sedang merangkak untuk mengenali agama ini. Dengan sabar mereka berkongsi apa yang mereka mampu. Mereka cukup berhati- hati tetapi mudah dirapati.
Setakat ini dulu yang terlebih dicoretkan. Semoga memberi manfaat buat yang membacanya.
Tiada daya melainkan kekuatan Allah.

Comments
Post a Comment