Homeschool by Helen and Sofia
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah dengan izin dan rahmatNya dapat kami suri rumah berkumpul untuk minggu kedua usrah tadabbur Isnin. Namun pada minggu ini ada tetamu istimewa iaitu Helen dan anaknya Sofia, warga Southampton yang tinggal di Shirley. Mereka saya undang untuk meminta sedikit perkongsian tentang homeschool yang mereka jalani.
Saya baru mengenali Helen, Sofia dan bapanya Khamis minggu lepas semasa saya berada di rumah Fatimah untuk belajar memasak Thai green curry.
Mereka datang ke rumah Fatimah untuk menghantar risalah keagamaan Jehovah Witness (salah satu aliran Kristian) dalam Bahasa Thai. Allah takdirkan saya yang membuka pintu, maka biasalah, mereka memang saya fahami suka berbasa- basi dan beramah mesra. Sempat saya bertanya mengapa anak perempuan mereka, Sofia (10 tahun) tidak ke sekolah. Helen menjawab yang mereka menjalani hs. Maka tiba- tiba saya menjadi bersemangat berbual dengan mereka kerana ini kali pertama bertemu secara bersemuka dengan keluarga yang menjalani hs. Di Facebook, Alhamdulillah jaringan perkenalan dengan homeschoolers Malaysia semakin berkembang. Alhamdulillah.
Maka hari ini, dengan cuaca sejuk, hujan renyai dan angin kuat, Allah izin sahabat- sahabat suri rumah bergerak ke rumah saya bersama anak- anak kecil masing- masing.
Tiada nota yang saya catat kerana ingin menumpukan perhatian 2 kali ganda kerana terhadnya BI saya. Di sini apa yang saya ingat serba sedikit. Harap sahibah yang membaca nota ini boleh menambah kalau ada.
Pengalaman dan tips HS Helen dan keluarga
Bagaimana bermula
Helen menceritakan sistem pendidikan British pernah mengalami situasi yang sama seperti Malaysia (telah saya ceritakan kepadanya) iaitu mengalami banyak perubahan program dan plan menjadikan murid juga terpaksa mengubah cara mereka belajar sesuatu yang telah mereka mulakan. Saya mengambil contoh perubahan- perubahan drastik dalam PPSMI manakala Helen memberi contoh perubahan cara belajar membaca, yang mana Sofia telah dinilai oleh cikgunya "belajar membaca mengikut kaedah lama". Helen berasa agak membazir waktu yang telah digunakan dulu apabila kaedah ditukar.
Helen juga berasa risau akan kes buli. Selain itu, beliau yang bekerja sebagai sukarelawan membantu guru- guru di sekolah, merasakan banyak pembaziran masa yang berlaku di dalam tugasnya lalu dengan segala pertimbangan dan perbincangan yang dilakukan, mereka mengeluarkan Sofia dari sekolah untuk menjalani homeschool. Sofia sangat seronok.
Helen berkata, dia juga agak kurang bersetuju dengan sistem pendidikan yang ada sekarang, namun, jika ada perubahan positif, dia pasti ingin menimbang semula keputusan untuk menghantar Sofia ke sekolah semula.
Bagaimana mereka melakukannya
Subjek tetap yang Sofia belajar hanya Bahasa Inggeris dan Matematik (berbayar dengan tutor di alam maya). Manakala selebihnya Sofia belajar dengan meneroka minat, membuat kerja- kerja rumah, bertukar- tukar ilmu dengan keluarga hs lain, dan bersosial bersama ibunya di luar. Kata Helen, generasi muda sekarang berkelulusan tinggi tetapi agak ketinggalan dalam pelbagai kemahiran asas hidup dan soft skills lain. Dengan mengajarkan Sofia untuk melakukan pelbagai kerja sendiri, dia berasa lebih yakin jika suatu hari nanti anaknya perlu berjauhan dengannya.
Antara rutin kerja rumah yang Sofia lakukan adalah menyediakan hidangan keluarga untuk setiap Ahad, mencuci bilik air (pendidikan bisnes kata emaknya sambil ketawa besar), bake off bersama ayahnya dan banyak lagi. Minat yang sedang diteroka adalah tentang anjing. Untuk sesetengah masa mereka ke Winchester (lebih kurang 19 minit memandu dari Southampton) untuk belajar tentang fesyen dengan sebuah keluarga hs. Manakala Helen mengajakan anak keluarga tersebut Bahasa Cina (sebelum melahirkan Sofia, Helen mengajar BI di sebuah universiti di China).
Helen juga berasa lebih mudah untuk menerapkan nilai- nilai keagamaan buat anaknya memandangkan dia dan suaminya seorang pendakwah.
Sofia turut menunjukkan hasil kreativiti dalam buku Art nya. Sofia nyata seorang anak gadis yang matang dan kelihatan dapat menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja. Ini kerana beliau sentiasa bersama ibunya bertemu pelbagai orang dengan pelbagai latar belakang. Jadi, masalah tidak dapat bersosial dan berkawan walaupun tidak ke sekolah bukanlah isunya di sini. Kata Helen lagi, semuanya bergantung kepada ibu bapa.
Pada mulanya Helen cuba menstrukturkan semua proses hs, namun kini katanya mereka tidak lagi rigid malah go with the flow. Buat apa sahaja yang mereka ingin buat dan belajar. Pertemuan hari ini juga dianggap satu pengalaman baru buat dirinya dan Sofia, dapat berkenalan dengan teman- teman baru yang berbeza negara, bangsa dan kepercayaan. meskipun begitu, mereka tetap mempunyai jadual, cuma ia lebih fleksibel kini.
Ada keluarga yang benar- benar mewujudkan kurikulum seperti sekolah, ada keluarga yang lebih banyak menghabiskan masa dengan alam. Bagi Helen, keluarganya berada di pertengahan.
Helen juga menasihati saya agar tidak terlalu risau tentang subjek apa yang perlu diajar, malahan anak saya masih terlalu kecil. Saat ini, lakukan apa sahaja bersama anak dan berehat apabila anak tidur. Katanya buat masa ini dia beluam menyediakan Sofia untuk alam pekerjaan, sehingga masanya nanti dia akan memikirkan subjek yang perlu untuk Sofia pelajari bagi menghadapi peperiksaan.
Beliau mencadangkan agar saya membahagi sedikit kerja kepada orang yang dapat membantu.

Penilaian?????
Ada kalanya Helen membeli kertas soalan SAT untuk dijawab oleh anaknya. Beliau juga akan bertanya kepada ibu bapa dan pelajar sekolah lain tentang apa yang dipelajari di sekolah agar anaknya tidak ketinggalan. Namun bagi Helen, peperiksaan hanya salah satu prasyarat kemasukan ke kolej dan universiti. Keseluruhan pencapaian tidak mampu dinyatakan melalui keputusan peperiksaan.
Sumber pengajaran dan pembelajaran
Online,buku- buku (dibeli dari Amazon, kedai charity dan sebagainya), kit eksperimen Sains, dan pengalaman persekitaran. Tidak begitu banyak wang dibelanjakan, semuanya bergantung kepada apa yang ingin diajar dan bagaimana ia perlu diajar.
Pandangan orang tentang mereka
Homeschool di UK semakin berkembang. Biasanya ibu- ibu muda mengagumi dan berharap agar mereka mempunyai kekuatan untuk hs. Begitu juga teman- teman Sofia yang agak cemburu dengannya. Cuma di kalangan orang yang agak berumur, mereka agak sinis dengan idea tersebut.
Jelas Helen, beliau akan menunjukkan kad kecil (apabila perlu) kepada orang lain untuk menerangkan kepada mereka bahawa kegiatan hs nya adalah dipantau oleh HEAS (Home Education Advisory Service; laman web: www.heas.org.uk). Untuk mendapatkan pemantauan tersebut, Helen membayar HEAS sendiri kerana ia tidak disediakan oleh council.
Terima kasih Helen dan Sofia atas perkongsian yang sangat banyak inputnya buat kami selama sejam setengah. Sebagai tanda penghargaan kami menghadiahi Helen dengan sebuah buku terjemahan Al Quran dan beberapa buku kecil tentang Islam. Semoga menjadi pintu hidayah buat Helen sekeluarga, amin.
Alhamdulillah, buat saya, ia mengingatkan kembali bahawa dalam hs, kita perlu melakukan apa yang sesuai dengan kemampuan. Dan ini sudah tentu tidak sama antara keluarga kita dan keluarga lain. Ia sangat unik. Bukan sahaja anak yang belajar, malah ibu bapa sebagai pengajar, berpeluang menambah ilmu dan pengalaman berharga setiap hari.
Terima kasih juga buat suami yang membelikan buku THE PRESCHOOLER'S BUSY BOOK oleh Trish KUFFNER yang turut membuka minda saya agar tidak terlalu stress menghadapi anak- anak prasekolah yang suka meneroka dan melakukan pelbagai perkara (letih sebab tenaga mereka terlalu banyak :)- Nampaknya perlu rendahkan activation energy Muna (haha lawak kimia- al maklum perlu kembali membuka kembali buku kimia)
Selain tips dan aktiviti, apa yang saya perlukan ada di dalam buku tersebut (Alhamdulillah). Turut memuatkan aktiviti segera yang tidak perlu persiapan dan bahan- bahan yang perlu dibeli. Tidak perlu rasa gusar melihat busy book orang yang berwarna warni dan menghabiskan masa 2 bulan untuk disiapkan... memang bukan apa yang saya minat untuk lakukan. Seperti yang saya katakan tadi hs menjanjikan kelainan kita dengan orang lain :). Ingatan saya kembali kepada Kak Yulia Yusar yang menjadi insan yang awal menerangkan hal ini kepada saya cuma saya belum faham ketika itu. Jazakillahukhair Kak Yulia.
Setakat ini sahaja yang dapat saya coretkan.
InshaAllah hari- hari yang mendatang akan cuba dihadapi dengan positif, bersama insan- insan yang positif.
Ibu- ibu di Malaysia kini juga saya lihat semakin bertenaga dan berkesedaran tinggi untuk mengambil sepenuhnya peluang di usia emas (0-7 tahun) anak- anak. Pada usia ini, tertanam asas dalam hidup seorang manusia.
"Simply put, a child’s early years lay the foundation for all that is to come. In recent years, researchers have learned that the human brain develops the vast majority of its neurons, and is at its most receptive to learning, between birth and three years of age. In fact, the intake of new information is critical to the formation of active neural pathways (Shonkoff & Phillips, 2000)." - dipetik dari laman web http://web.jhu.edu/CSOS/early_learning/
Jazakumullahukhair dan terima kasih.
Semoga usaha kecil ini membuka pintu kepada kebangkitan ummah, dan mohon didoakan agar kita semua istiqamah, InshaAllah. Banyak lagi yang perlu dipelajari... Rabbi zidna 'ilman (Tuhanku, tambahkan kami dengan ilmu).
Baiklah cikgu mummy nak tidur dulu :)
wasalam.
Comments
Post a Comment