Muna 3 tahun 7 bulan, Maryam 1 tahun 6 bulan
Bismillahirrahmanirrahim.
Aku mula menulis milestone untuk Muna dan Maryam. Di sini, harapnya tak hilang dan bersepah berbanding jika aku tulis dalam buku atau kertas.
InshaAllah. Moga jadi panduan buatku dan mungkin buat para ibu bapa lain dalam membesarkan anak- anak. Moga jadi sesuatu yang berharga buat 2Mku, apabila mereka sudah besar. Segalan- galanya kumulai dengan Alhamdulillah.
Muna
Muna sekarang sudah pandai menggayakan sifat seorang guru. Alhamdulillah. Semalam Muna bacakan buku buat Maryam dengan cara seorang guru. Ada komunikasi 2 hala, lucu..
Muna hatinya sensitif. Dia tidak mahu aku marah dengannya. Dia akan cuba melakukan sesuatu yang aku suruh walaupun terpaksa menangis terlebih dahulu. Mengenang ini, aku jadi sedih. kerana aku terasa aku telah banyak memaksa. Aku cuba belajar memaafkan jika Muna sukar mengikuti arahanku, dan cuba berdiplomasi, meskipun sukar. InshaAllah. Ya Allah, berikan daku ilmu dan kekuatan sabar.
Umur ini banyak perkara sudah boleh dirunding dengan Muna. Satu perkara yang jelas, bila dia rasa senang dengan cara kita menghormatinya, memberi perhatian kepadanya, dan memberi perhatian kepada permintaannya dengan cara yang baik, dia lebih mudah untuk kita suruh. bBukan suruh apa, maknanya boleh melakukan apa yang kita perlukan.
Maryam
Maryam sekarang agak kurang makan nasi berbanding dulu. Mahu makan sendiri. Dilayankan saja lah walaupun berterabur. Cuba pastikan anak- anak makan berkhasiat dan elakkan yang tak berkhasiat walaupun itu membuatkan mereka gembira. Memang anak suka dan boleh duduk diam kalau makan jajan, tetapi kita kena kawal sebab mereka tak boleh kawal diri sendiri.
Maryam suka menjerit kalau dia mahukan sesuatu. Kadang- kadang aku buat time- out dengan Maryam. Sebab Maryam belum boleh memahami rundingan. Dia mungkin faham, kalau dia menjerit, aku akan buat sesuatu 'denda' yang dia tidak suka. Aku letakkannya dalam baby cot. Ya dia akan menangis. Beberapa minit, aku akan keluarkan dan terangkan kesalahannya. Perkara yang sama akan berulang, kemudian selesai, dan masalah yang lain akan datang pula. Begitulah kitar hidup. Aku cuba belajar senyum ;)
Maryam sudah bijak bercakap dan memahami kata- kata yang mudah. Alhamdulillah, terasa mudah untuk ini. Mungkin kerana 'stimulation' yang banyak- terutama dari kakak Muna.
Aku
Aku perlu lebih baik dalam merancang dan mengisi hari anak- anakku. Memperbetulkan diriku kerana mata dan telinga mereka setia mengekori tingkah lakuku.
Ya Allah...... kepadaMu aku benar- benar bergantung. JIka Allah tak tunjukkan, petunjuk mana lagi boleh kuharapkan.
-.-

Comments
Post a Comment