Posts

Showing posts with the label Milestone Muna dan Maryam

Muna 3 tahun 7 bulan, Maryam 1 tahun 6 bulan

Bismillahirrahmanirrahim. Aku mula menulis milestone untuk Muna dan Maryam. Di sini, harapnya tak hilang dan bersepah berbanding jika aku tulis dalam buku atau kertas. InshaAllah. Moga jadi panduan buatku dan mungkin buat para ibu bapa lain dalam membesarkan anak- anak. Moga jadi sesuatu yang berharga buat 2Mku, apabila mereka sudah besar. Segalan- galanya kumulai dengan Alhamdulillah. Muna Muna sekarang sudah pandai menggayakan sifat seorang guru. Alhamdulillah. Semalam Muna bacakan buku buat Maryam dengan cara seorang guru.  Ada komunikasi 2 hala, lucu.. Muna hatinya sensitif. Dia tidak mahu aku marah dengannya. Dia akan cuba melakukan sesuatu yang aku suruh walaupun terpaksa menangis terlebih dahulu. Mengenang ini, aku jadi sedih. kerana aku terasa aku telah banyak memaksa. Aku cuba belajar memaafkan jika Muna sukar mengikuti arahanku, dan cuba berdiplomasi, meskipun sukar. InshaAllah. Ya Allah, berikan daku ilmu dan kekuatan sabar. Umur ini banyak perkara sudah boleh...