Seronoknya belajar:D
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.r.b.
Seronoknya hari Sabtu lepas. Mengajar anak- anak Keluarga Soton berumur 6 tahun ke bawah, bermain, dan bergurau dengan mereka. Saudara Baharin, pengetua Sekolah Malaysia meminta saya mengajar nama- nama Allah. Pada mulanya saya mengajar 5 nama dulu dengan cara menunjukkan slide. Alhamdulillah, kemudahan yang tersedia di bilik- bilik kelas di University of Southampton ni membantu pengajaran.
Kali kedua, iaitu hari Sabtu 12 Januari 2013 saya sambung mengajar 5 lagi Asmaul Husna. Letih juga nak fikir strategi untuk mengajar. Tapi InsyaAllah, p&p yang menarik menjanjikan anak- anak murid yang gembira belajar dan cikgu yang tersenyum riang selepas keluar kelas. Yang ringkas pun tak apa...
Jadi saya kongsikan sedikit- sebanyak.. semoga bermanfaat buat guru- guru dan ibu bapa yang mengajar anak- anak generasi sekarang;)
1. Asmaul Husna
Sumber: Internet
Alat: Power point, kertas kad (digalakkan guna semula kotak- kotak lama).
Strategi: Treasure hunt.
i. Kertas kad ditulis dengan 5 nama Allah dan maksud nama ditulis berasingan. Seperti flashcard. Jadi ada 10 kad tertulis nama Allah dan maksudnya.
ii. Sembunyikan setiap kad di tempat- tempat yang berbeza di dalam kelas. (Kelakar sangat apabila Nadhirah, Syifa, Shuhaib, Humaira, Alham yang menyembunyikan kad- kad ini. Kemudian mereka turut sibuk mencari- cari bersama kawan- kawan yang lain;) )
iii. Setelah semua kad dijumpai, anak- anak diminta menyesuaikan nama dengan maksudnya. Di sini mereka hanya meneka.
iv. Saya menunjukkan slide gambar- gambar dan mengaitkan dengan nama Allah. Contohnya tunjukkan gambar sultan. Kemudian tanya, siapa yang memerintah seluruh alam semesta? Mereka semua menjawab "Allah". Jadi saya mengaitkan dengan nama Al- Malik. dan begitulah seterusnya.
v. Kemudian dengan giliran mereka akan menyesuaikan semula nama- nama dengan maksud yang tertulis atas kad tadi. Jangan lupa bagi penghargaan dan tepukan gemuruh.. Jika tak ada yang menangis;)
2. Adab Game
i. Ada 5 stesyen yang telah saya sediakan di meja- meja tertentu di dalam kelas.
1. Sneezing/ Burp.
2. Meeting People.
3. Mess
4. When you see something beautiful.
5. Start eating.
ii. Saya bertanya anak- anak ni apa yang perlu mereka lakukan dalam situasi- situasi yang telah saya tuliskan di stesyen- stesyen tersebut. Mereka menjawab:
1. Say Alhamdulillah. (Amin cakap," not excuse me"..~Brilliant Amin!)
2. Assalamualaikum/ Good morning/afternoon/avening/ hello.
3. We need to tidy up the mess. (Stesyen ni saya sepahkan dengan mainan anak saya yang saya bawa sedikit)
4. MasyaAllah/ Subhanallah.
5. Bismillahirrahmanirrahim.
iii. Pasang lagu nasyid. Anak- anak berjalan ke sana ke mari sesuka hati. (Arissa gallop dengan riangnya).
iv. Lagu dihentikan. mereka akan berhenti di mana- mana stesyen yang terdekat.
v. Saya meminta mereka sebutkan/ buat tindakan yang sepatutnya dalam situasi- situasi tersebut.
Terima kasih atas bantuan Cikgu Liyana. Hmm.. apa pula strategi untuk Sekolah Malaysia Sabtu depan:).....
- Rashidah Ismail.

Subhanallah!! Well done Shidah... teknik mengajar yg sgt kreatif!! Selamat meneruskan mendidik anak2 ini dgn cara yg kreatif dan inovatif.
ReplyDelete~K.Sarah