Al Mulk: 2


أعوذبالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم


2:  Yang menciptakan mati dan hidup, supaya Dia (Allah) menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia (Allah) adalah al-‘Aziz (Maha Perkasa), lagi al-Ghafur (Maha Pengampun).  

Allah memperincikan lagi kekuasaanNya dan keagunganNya.
Dia menciptakan kehidupan dan kematian untuk menguji manusia, yang manakah lebih baik amalannya.

" Bukankah telah datang kepada manusia satu waktu daripada masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut? Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan manusia daripada setitik mani yang bercampur, lalu Kami (Allah) mengujinya, maka Kami (Allah) jadikan dia mendengar lagi melihat.   Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberikan petunjuk kepadanya jalan, ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir." (Al- Insan: 1-3)

Yang berjaya dengan ujian hidup adalah yang bersiap sedia dengan bekal (iman). Iman didapati dari ilmu- ilmu Al Quran dan Assunnah. Dengan berpandukan Al Quran  dan Sunnah, amalan dapat dilakukan dengan betul. Amalan yang baik adalah amalan yang betul (berdasarkan iman) dan ikhlas (dengan iman).

Kita tidak sepatutnya mengejar banyaknya amalan, tetapi kualiti amalan.

Kenapa Allah sebutkan Maha Perkasa, diikuti dengan Maha Pengampun?

Ulamak tafsir mengatakan, ketika manusia menjalani ujian, ada yang melakukan dosa dan maksiat. Sepatutnya mereka bertaubat segera. Allah mampu untuk menghukumnya kerana Dia Maha Perkasa. namun, dengan penggandingan Al- Aziz dan Al- Ghafur (Maha Pengampun), untuk menunjukkan sifat Allah yang Maha Mengampun. Dia menanti taubat daripada hamba- hambaNya.

Kesimpulan: 
Allah Maha Berkuasa, menciptakan kehidupan dan kematian.
Hidup ini adalah tempat ujian. Kita hendaklah bersiap- sedia dengan amalan yang baik.
Sekiranya kita berbuat dosa, hendaklah kita segera bertaubat kerana Allah Maha Berkuasa dan maha Pengampun.

Wallahualam.
yang baik dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri...

Comments

Popular posts from this blog

What Did I Do Today (Dawud Wharnsby)

Printable for Iqra' 1