Ibrah Ali 'Imran 195-200:ULUL ALBAB dan doa mereka
Bismillahirrahmanirrahim.
Dalam ayat sebelum ini Allah menerangkan tentang golongan ulul albab dan doa mereka kepada Allah.
190: Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.
191: (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka berkata: Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan (semuanya) ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada seksa neraka.
192: Ya Tuhan kami, sesungguhnya barangsiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh telah Engkau hinakan dia, dan tiada penolong bagi orang-orang yang zalim.
193: Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar seruan yang menyeru kepada iman, (iaitu): "Berimanlah kamu kepada Tuhan." maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, serta wafatkanlah kami bersama orang-orang yang banyak berbuat kebajikan.
194: Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami apa yang Engkau janjikan kepada kami melalui RasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji."
Nyata, golongan ulul albab ini adalah mereka yang benar- benar ikhlas beriman kepada Allah. Pemerhatian terhadap ciptaan Allah membuatkan mereka sentiasa berfikir akan kekuasaanNya lantas sering mengingatiNya. Mereka juga berdoa dengan penuh pengharapan akan perlindungan Allah sentiasa.
Rasulullah mengamalkan membaca ayat ini selepas tahajud dan kemudian berdoa.
Doa ulul albab Allah jawab dengan SERTA- MERTA.
195. Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman), "Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki maupun perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang terbunuh, pasti akan Aku hapus kesalahan mereka dan pasti Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, sebagai pahala dari Allah. Di sisi Allah ada pahala yang baik."
Janganlah kita menyangka, sekiranya peranan kita tidak dilihat orang, misalnya menjadi suri yang menguruskan rumahtangga adalah sia- sia. Kerana perbuatan baik yang kita lakukan, Allah sendiri yang melihatnya. Biarpun manusia tidak melihat atau tanpa kita sedari amalan itu telah memberi manfaat buat diri kita dan orang- orang di sekeliling kita. Tidakkah Allah itu Maha Melihat :)?
Allah menyebut pula pengorbanan sesetengah orang yang telah besusah payah untuk agamaNya: yang berhijrah, yang diusir, yang berperang dan terbunuh. Bagi mereka, Allah hapuskan dosa dan memasukkan mereka ke syurga.
Berat mata kita memandang saudara- saudara kita di Rohingnya, Palestin dan Syria. Di dunia mereka diuji dengan sangat memeritkan, tetapi Allah sangat mengasihi mereka kerana pengorbanan mereka menjaga agama dalam diri mereka.
196. Janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak di seluruh negeri.
Ada pula di kalangan kita yang memilih untuk hidup senang dengan cara yang salah. Ini kerana pandangan mereka tertumpu kepada kekayaan dan kehebatan orang kafir, seolah- olah dunia memihak kepada mereka.
197. Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat kembali mereka neraka jahanam, dan itulah seburuk- buruk tempat kembali.
Kedegilan mereka untuk mempercayai Allah, malah sebahagian besar umat Islam teraniaya oleh mereka, Allah menjanjikan bagi mereka neraka.
198. Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhannya, mereka akan mendapat surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya sebagai tempat tinggal dari sisi Allah. Dan apa yang di sisi Allah lebih baik bagi orang-orang yang berbakti.
Inilah kesudahan bagi orang- orang yang bertaqwa. Mereka bersusah payah mengharungi ujian dunia dan Allah ganjari mereka dengan kemanisan syurga. Benarlah kata bukan senan nak senang, bukan susah nak susah. Syurga yang indah dipagari dengan pelbagai kesusakaran. Tapi berpuas hatilah mereka yang berjaya memperolehnya:).
17/1/2013

199. Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab ada yang beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kamu dan yang diturunkan kepada mereka, karena mereka berendah hati kepada Allah, dan mereka tidak menukarkan ayat-ayat Allah dengan harga yang murah. Mereka memperoleh pahala di sisi Tuhannya. Sungguh, Allah sangat cepat perhitungan-Nya.
Ahli kitab merupakan orang- orang yang beramal dengan ajaran sebelumnya turun Al Quran. Sesetengah ahli kitab terutama dari golongan Yahudi tidak mahu menerima pengutusan Nabi Muhammad sebagai nabi terakhir, walaupun di dalam kitab mereka telah disebutkan perkara ini. Malah, mereka mengubah suai kitab mereka dan menyembunyikan ilmu yang sebenarnya. Ini kerana, mereka berasa bahawa nabi sepatutnya datang dari bangsa mereka.
Sementara itu, ada sebahagian ahli kitab yang dipuji oleh Allah kerana mereka beriman dengan Al Quran. Demikian yang disebutkan dalam surah Ali- Imran ayat 113-115.
200. Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu serta tetaplah bersiap siaga di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung.
Allah menyeru kepada orang beriman dengan seruan ke arah kejayaan:
1. Bersabar
2. Membuat persiapan
3. Bertaqwa
Kita digalakkan membaca ayat ini setiap kali selepas solat dan yakin dengannya supaya mendapat kejayaan.
Untuk pelbagai fadhilat surah Ali imran, sila klik sini.
Moga kita beroleh manfaat. Yang baik datang dari Allah, yang lemah itu dari diri saya.
- Rashidah Ismail
Comments
Post a Comment