Al- Mulk: 4


أعوذبالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم


Ayat sebelum ini menunjukkan tanda kekuasaan Allah iaitu langit 7 lapis, luas, tanpa tiang atau tali.

Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? (Al Mulk: 3)

Ayat 4 menyatakan ketidak mampuan manusia untuk mencari cacat dan cela segala ciptaan Allah.

Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia). (Al- Mulk: 4)

Di sini Allah mencabar manusia untuk mencari atau mengkaji bagi mencari kelemahan ciptaan Allah. 

Bagi menerangkan bahawa memang kekuasaan Allah itu sempurna. Sehingga kini manusia tidak dapat mencari kelemahan dalam penciptaanNya. Sampai bila- bila pun manusia tidak akan dapat mendapatkan kelemahan ciptaan Allah. Hanya Allah yang memiliki sifat kesempurnaan. maka tidak patut manusia menyembah selain dari Allah. Ayat ini melahirkan tauhid.

Pada pandangan kedua dan seterusnya, kita akan dapat melihat kekurangan pada ciptaan manusia. Namun, sekiranya kita cuba mencari kelemahan ciptaan Allah, kita akan terasa payah dan penat. Sepatutnya mereka bersegera menagungkan dan beriman kepada Allah.



Professor Tagata Tagasone, Ketua Jabatan Anatomi dan Embriologi di Universiti of Shiang Mai di Thailand telah mengucap dua kalimah syahadah semasa Persidangan Perubatan Saudi Ke 8 di Riyadh.

Dia telah mendapat hidayah apabila diketahui hasil kajian para saintis yang pakar dalam bidang kulit (dermatologi) telah lama diterangkan di dalam Al Quran lebih 1400 tahun yang lalu. Professor Tagasone begitu yakin adalah mustahil ayat Al Quran yang menceritakan secara terperinci mengenai sifat kulit manusia datangnya daripada seorang manusia bernama Muhammad saw. Lalu diberitahu kepada Professor Tagasone bahawa ayat Al Quran itu adalah ayat-ayat Allah swt yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw.
Apakah hasil kajian tersebut sehinggakan seorang saintis dermatologi yang hebat terasa begitu bodoh kerana kajiannya yang dianggap canggih telah terdapat dalam Al Quran ?
Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila dibakar badan manusia ini adalah pada sel-sel yang terdapat pada kulit manusia. Apabila kulit manusia ini terbakar maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan musnah. Maka manusia tidak akan merasa sakit lagi apabila sel-sel ini terbakar (tetapi manusia akan mati selepas itu).
Jadi kalau diakhirat nanti apabila manusia dibakar dalam api neraka adakah mereka tidak akan merasa sakit, hanya sakit apabila dibakar kali pertama ?
Jawapannya ialah ayat Al Quran surah ke 4 , ayat ke 56 yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang menolak ayat-ayat Kami. Kami akan membakar mereka dalam api neraka, Tiap-tiap kali kulit mereka terbakar hangus. Kami akan gantikan kulit mereka dengan kulit yang baru supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu, Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(An-Nisaa’ 4:56)



Kesimpulan: Dalam kehidupan sehari- hari, lihatlah segala ciptaan Allah. Sesungguhnya, ciptaan yang sempurna itu menjadi bukti kesempurnaan Allah. Oleh itu, haruslah kita segera tunduk dan merendah diri denganNya.

Wallahualam.Yang baik dari Allah,yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.

Sumber tafsir: http://www.tafaqquhstreaming.com/download-kajian/kajian/tafsir-quran/tafsir-qs-al-mulk/

Comments

Popular posts from this blog

What Did I Do Today (Dawud Wharnsby)

Printable for Iqra' 1