Al Mulk : 1


Surah Al Mulk diturunkan di Mekah. (Makkiyah) - untuk membangunkan aqidah dan kepercayaan.
Mempunyai 30 ayat
Fadhilat Al Mulk:
1. Mendapat syafaat sehingga diampunkan.
2. Menghalang dari azab kubur.
3. Surah Al Mulk dapat menghalang malaikat yang akan mengazab di dalam kubur.


أعوذبالله من الشيطان الرجيم
بسم الله الرحمن الرحيم


1:  Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya segala kerajaan, dan Dia (Allah) terhadap segala sesuatu adalah al-Qadir (Maha Kuasa). 

Ayat ini menerangkan bahawa Allah menguasai secara penuh kerajaan langit dan bumi. Meskipun pada sekecil- kecil sesuatu.

Tabaraka: yang sentiasa memberikan penambahan dan pertumbuhan dari perkara yang baik.
Menerangkan sifat Allah yang dengan kekuasaannya menumbuhkan dan melimpahkan kebaikan kepada manusia.

Di tanganNya kerajaan: penekanan bahawa kerajaan tersebut hanya ada di sisi Allah. Apabila Allah tidak izinkan, manusia tak mampu berbuat apa- apa.

Kerajaan: Alam semesta. Semuanya di tangan Allah. Maka kita hendaklah menjalin hubungan dengan Allah dan bergantung denganNya.

Atas tiap- tiap sesuatu Maha Berkuasa: Atas apa- apa pun, Allah berkuasa kepadanya.

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya".
Surah Al-'Imran 3:27


Kesimpulan:

Kita perlu meletakkan pergantungan kepada Allah kerana Dialah yang Maha Menguasai seluruh alam ini dan tiada apa yang dapat lepas dari kekuasaanNya.


Wallahu alam. Yang baik dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri....

Comments

Popular posts from this blog

What Did I Do Today (Dawud Wharnsby)

Printable for Iqra' 1