Ayat- ayat Al Quran yang saling menguatkan.
Subahannallah...
Antara yang tersentuh dihati semasa tadarus surah Al-Kahf
1.
Sesungguhnya perkaitan antara ayat-ayat Al-Quran adalah berangkai antara satu sama lain umpama seutas rantai yang...
Muridnya menjawab: “Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali”. (QS. 18:63)
Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang ia percaya akan terselamat di antara mereka berdua: "Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu". (Setelah orang itu dibebaskan dari penjara) maka ia dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu tinggallah Yusuf dalam penjara beberapa tahun.
(Yusuf 12:42)
dua ayat dari surah yang berbeza tetapi menerangkan maksud yang sama " yang melupakan manusia itu datangnya dari syaitan
2.
Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya.
(Al-Kahfi 18:7)
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
(Al-Mulk 67:2)
Dua ayat di atas meningatkan kita.. bahawa Allah menjadikan setiap diri manusia untuk di uji amalannya.
3.
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.(Al-Mulk 67:6)
Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang. (Al-Kahfi 18:29)
dua ayat di atas mengingatkan kita tentang mereka yang kufur ingkar kepada Allah SWT balasannya adalah sejelek-jelek tempat kediaman iaitu Neraka Jahanam
Akhirnya sangat tersentuh dengan ayat:
"Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat)."
(Al-Kahfi 18:44)
Waallahu 'alam
Segala yang baik dari Allah SWT dan segala kekurangan harap maaf atas kelemahan diri ini..
~K. Lin
Willis Road
18 Jan. 2013

Comments
Post a Comment