Posts

Showing posts with the label Islam

Awesome work for the Quran!

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Masha Allah. I cannot help it. I really and absolutely need to share this, it's really awesome. https://readwithmeaning.wordpress.com/2014/10/23/chapter-18-al-kahf-the-cave-verses-60-78/ Understand Quran with lego characters. MashaAllah. I really love it. May Allah grant the author,  Mezba Uddin Mahtab with abundant goodness! Jazakumullahukhair :)

Tips hafazan anak kecil (Puan Yulia Yusar)

B ismillahirrahmanirrahim.. Semoga perkongsian dari FB Pn Yulia Yusar dapat menyuburkan semangat kita semua InshaAllah... Jazakillahukhair Kak Yulia:) ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------ BISMILLA HIRRAHMA NIRRAHIM CARA-CARA MEMBERI HAFAZAN PADA KANAK-KANAK. Alhamdulillah,saya rasa gembira..ramai rakan2 saya yang di alam nyata dan maya(hehehe)yan g berminat nak tahu bagaimana cara kami(saya dan suami)memberi hafazan buat anak kami Muhammad Luqman Qushairi(4tahun). Sebab itu saya rasa gembira untuk berkongsi dengan anda yang sudi membaca,mengikuti dan bertanya hal hafazan dengan saya. Terima Kasih.  smile emoticon Bila usia yang sesuai untuk mulakan hafazan? Pendapat saya..mulakanlah seawal usia kecil lagi. Sejak dalam kandungan lagi biasakan anak2 mendengar alunan bacaan Al-Quran. Hikmahnya nanti untuk membiasakan dan mendatangkan minat dalam hati dan minda m...

Tips Hafazan Anak Kecil (Ustazah Ainun Mardhiah Ismail)

Bismillahirrahmanirrahim... Jazakillahukhair atas perkongsian dari Ustazah Ainun Mardhiah di Facebook. Semoga kita sama- sama beroleh manfaatnya InshaAllah.. Ainun Mardhiah Bismillah. Ampun maaf, saya sangat-sangat tak sempat nak jawab pm yang menderu bertanya tentang bagaimana didik anak hafaz Al-Quran. Saya jawab di sini ya. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1.  Saya mula didik anak Quran waktu dalam kandungan. Baca Quran, baca Quran, Baca Quran. Mengandung Muadz saya alahan teruk. Saya baca Quran sambil baring. Niatnya supaya anak dengar Kalamullah. Saya yakin dia sedang berkembang dengan pintar bila mendengar ayat-ayat Allah. 2. Anak lahir : usianya 2 bulan, saya buat flashcard sendiri. Sebab masa tu saya di Madinah, tak jumpa flashcard. Buat guna manilakad je. Tulis besar-besar, baca pada Muadz setiap hari. Sebut huruf tu pada dia sejelas-jelasnya....

Usrah Mawar: Mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada penganut Kristian.

Image
Assalamualaikum wrb... Suasana malam di University of Southampton Krismas semakin menghampiri. Di Soton, sudah terasa kemeriahannya sebulan awal. Lampu- lampu berkelip- kelip dengan gambar- gambar dan patung Santa Claus dan rusanya sudah mula 'menceriakan' rumah- rumah di kejiranan kami. Jualan murah ada di sana- sini. Perayaan Krismas kini dianggap sebagai international festival. Semua orang tau. Tapi kalau kita tanya rakyat UK bukan Islam adakah mereka tahu tentang Eid (Hari Raya umat Islam), masih ramai yang belum mendengarnya. Di Malaysia, biarpun Muslim merupakan majoriti, kita dapat melihat, atas nama muhibbah, sesetengah umat Islam turut sama meraikan festival yang diraikan oleh penganut agama lain. Atas nama perpaduan, rumah- rumah terbuka diadakan secara besar- besaran pada setiap perayaan, dan disertai semua bangsa dan agama. Masih ramai yang belum sensitif akan 'sesuatu' yang mungkin tidak kena dalam hal ini. Ini disebabkan kurangnya ilmu dan kefaha...

Ayat- ayat Al Quran yang saling menguatkan.

Subahannallah... Antara yang tersentuh dihati semasa tadarus surah Al-Kahf 1. Sesungguhnya perkaitan antara ayat-ayat Al-Quran adalah berangkai antara satu sama lain umpama seutas rantai yang... Muridnya menjawab: “Tahukah kamu tatkala kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa (menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku untuk menceritakannya kecuali syaitan dan ikan itu mengambil jalannya ke laut dengan cara yang aneh sekali”. (QS. 18:63) Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang ia percaya akan terselamat di antara mereka berdua: "Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu". (Setelah orang itu dibebaskan dari penjara) maka ia dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu tinggallah Yusuf dalam penjara beberapa tahun. (Yusuf 12:42) dua ayat dari surah yang berbeza tetapi menerangkan maksud yang sama " yang melupakan manusia itu datangnya dari syaitan 2. Sesungguhnya Kami telah jadikan apa...