Ali Imran 154- 158
Assalamualaikum.. sedikit perkongsian tentang intipati dan pengajaran dari tadabbur pada hari ini, Khamis 3/1/2012.
1. Terdapat dua golongan orang Islam;
i. benar- benar ikhlas beriman serta membuktikan keimanan dengan mengikuti perintah Allah dan Rasulullah.
ii. Mengaku beriman tatapi tidak mentaati perintah Allah dan Rasulullah, punya agenda sendiri dalam melaksanakan sst perintah (Perang Uhud- Ingin harta rampasan)- disebut sebagai orang munafik.
2. Orang- orang mukmin memperoleh ketenangan berupa rasa mengantuk selepas mengalami susah payah dalam perang itu. Orang- orang munafik mempersoalkan mengapa Allah tidak memberi kemenangan kpd pihak Islam dalam perang Uhud, menganggap jika mereka tidak ikut Rasulullah berperang, tentu tidak akan terkorban/ cedera dalam perang.
3. Segala urusan perang termasuk kalah/menang semua di tangan Allah. Dia Maha Mengetahui.
4. Allah ingin membersihkan hati orang- orang mukmin dengan kecederaan mereka/ syahid di medan perang.
5. Dosa lalu menjadi peluang bagi syaitan menggelincirkan manusia. Maka kita harus sentiasa membaharui taubat.
6. Jangan bersangka seperti sangkaan orang kafir yang tiada ilmu bahawa Allah Maha Mengetahui yang mentakdirkan segala perkara. Dengan sangkaan buruk orang mukmin akan menyalahkan ketentuan Allah.
7. Terbunuh dan mati di jalan Allah lebih baik dari segala harta yang manusia kumpulkan malah rahmat dan ampunan Allah akan mengiringi.
Wallahualam. Semoga dengan penghayatan terhadab tadabbur ini mendatangkan hidayah dan rahmat Allah buat kita. InsyaAllah. Mohon maaf atas segala kekurangan.
Video: Filem Omar Series episod 13 menggambarkan Perang Uhud. Selamat menghayati...

Comments
Post a Comment