Mencari keseimbangan

Bismillahirrahmanirrahim

November datang sudah. tahun 2015 sudah hampir ke penghujung. Banyak perkara sedang menanti, fasa baru InshaAllah akan kami lalui. Tetapi kematian sentiasa ada di depan mata, dalam kebarangkalian yang sama.

Aku cuba setiap hari resetkan diriku dengan taubat. Itulah persiapan ku yang utama.

aku cuba bersikap lembut dan memaafkan serta menyayangi, kerana dengan sifat itu juga seorang sahabat Rasulullah yang tidak banyak ibadat menjadi ahli syurga.

Aku mengulang- ulang ayat Surah An Nur: 21- 22 bagi menanamkan nasihat Allah itu dalam hati

A021

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui
(An-Nuur 24:21) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota Bookmark
A022
Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Aku terasa dihambat waktu. Homeschool, menulis, masa ibadah khusus, tugasan rumah, tempahan donut (sekali- sekala), ini semua memerlukan perancangan rapi dan pelaksanaan yang disiplin. Kepenatan ini mengajar aku menjadi insan yang lebih baik inshaAllah.

Terasa banyak yang perlu dilakukan, terasa sangat lemah, dan dengan kelemahan itu aku merayu pada Dia yang mempunyai segala- galanya. Dia yang Maha Penyayang, aku harapkan simpatiNya.



Comments

Popular posts from this blog

What Did I Do Today (Dawud Wharnsby)

Printable for Iqra' 1