Bila anginku datang

Bismillahirrahmanirrahim.

Hidup tak lari dari ujian. Malah itulah tujuan Allah ciptakan hidup dan mati, untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya (Al Mulk: 2).

Ujian datang dari pelbagai sudut. Ujian malah ada 2 bentuk. Ujian kesusahan dan ujian kesenangan (Surah Al Fajr: 15-16).

Perasaan marah adalah satu ujian buatku. Jika ada orang yang dilahirkan susah untuk berasa marah, dan ada orang yang bijak mengendalikan perasaan marah, maka mungkin aku ini ibarat murid darjah satu dalam sekolah anger management. Kini 24/7 aku berada di rumah mengendalikan keluarga, maka sebahagian besar perasaan marahku ini pada orang- orang yang paling aku sayangi. Dan tidak pernah sekali perasaan marah itu tidak diiringi kekesalan. Kesal kerana banyak perasaan yang dihamburkan kerana api- apian bisikan was- wasa nafsu dan syaitan (a'uzubillahi minassyaito nirrajim).

Pada satu ketika kubuka Quran untuk mencari sebuah petunjuk Allah buat diriku. Ya Allah, aku sentiasa ingin mengharapkan Engkau yang Maha Mendengar .



Untukku dari Allah. Surah Al A'raf.



Maka kini, saat bidadariku menyalakan api marahku, segera kuucap
"A'uzubillahi minassyaitonirrajim"

Situasi itu tetap sama. Si manjaku tetap melepaskan tantrumnya seperti hujan batu di bumi Soton, tapi Alhamdulillah.ku temui perlindungan Allah dari api yang mungkin membakar diri sendiri.

Dan masih banyak yang kupelajari. Keluh kesah dengan karenah anak- anak cukup mengingatkan susuk tua yang sedang menunggu kepulanganku sekeluarga ke Malaysia. Moga Allah lindungi mereka, dan menjadikan aku dan suami permata soleh dan solehah buat mereka agar sampailah segala pahala dan doa kami buat mereka meskipun jarak jauh merentasi benua.

Doakan kami.

Jazakumullahukhair.

Comments

Popular posts from this blog

What Did I Do Today (Dawud Wharnsby)

Printable for Iqra' 1