Circle Family 4: Antara strangers, lion, gunung berapi, dan neraka..:)


Bismillahirrahmanirrahim..

Ini kisah Abang Idham dan Kak Lin serta puteri- puteri mereka Huda dan Humaira'... dalam Circle Family minggu keempat:)
Alhamdulillah circle family minggu ini dapat diteruskan setelah tertangguh minggu lepas. Tajuk minggu ini adalah Bahaya Paling Besar(apabila jahil mengenal Allah, Rasul dan Islam)

Selesai bacaan Al-Fatihah dan doa, sesi dimulakan dengan mengajukan soalan kepada Humaira' dan Huda tentang makna bahaya dan jenis-jenis bahaya yg mereka tahu.

Berebut-rebut mereka memberikan contoh, Lion, strangers, lava gunung berapi...sampailah cerita dalam hutan yang scary. Lepas satu cerita, sambung satu cerita bergilir-gilir. Kadang tak sgt bersangkut dgn topik tapi biarkan mereka bercerita dan guide balik ke isu utama. Tak mudah! Lebih-lebih lagi bila mereka sedang asyik bercerita.

Sesi bahaya di dunia diteruskan dgn soalan apa akibat bahaya tersebut. Sekali lagi jawapan-jawapan tak disangka-sangka keluar. Dari sesat dalam hutan kerana tak patuhi warning sign sampailah kepada putus tangan sebelah. ;).

Soalan tentang ada satu bahaya yg sangat-sangat besar membuatkan mata mereka terbeliak. Disinilah perlahan-lahan memasukkan bahaya yg diterima jika tidak kenal Allah, tidak kenal Rasul, tidak kenal Islam. Huda bercerita tentang api neraka. Kakak menunjukkan muka takut...abah...can we stop talking about hell? ;)

Kalau dibiarkan anak-anak ini bercerita, sampai pagi pun tak habis.

Sesi ditamatkan dengan rumusan apa yg dibincangkan dan diakhiri dengan tasbih Kafarah dan surah Al-Asr.

Next week topic apa abah??? Serentak soalan mereka. Alhamdulillah...sudah nampak kesannya!!!

Jazakallah khairan katheera akhi @Rosdi

Semoga bermanfaat buat ibu bapa di luar sana!:)

Comments

Popular posts from this blog

What Did I Do Today (Dawud Wharnsby)

Printable for Iqra' 1