Siapakah Ulul Albab?
Bismillahirrahmanirrahim.
Kita memang tak tahu apa yang Allah tentukan untuk kita. Namun setiap yang berlaku dan akan berlaku punya hikmah yang ada kalanya tak mampu kita sedari.
Pertemuan dengan pendakwah Jehovah Witness merupakan satu sebab yang Allah jadikan untuk saya lebih berfikir. Seterusnya selepas beberapa siri perbincangan mengenai agama dengan mereka, mendorong saya untuk lebih banyak belajar dan mendalami ilmu Allah, terutama yang tersimpan kemas dalam Al Quran.
Saya mendapati Islam, bukan saja sebuah agama atau kepercayaan (faith) semata- mata. Islam adalah cara hidup. Allah yang menetapkannya buat kita. Islam bukan satu kepercayaan buta sepertimana agama lain. Semua yang terkandung dalam ajaran Islam punya alasan. Alasan itu adalah dari Yang Maha Pencipta. Dia yang menciptakan kita, maka Dia Maha Mengetahui sistem diri kita. Di dalam Al Quran, Allah menyuruh kita berfikir, secara langsung (contohnya dengan penggunaan kalimah "afala tatafakkarun?"- tidakkah kamu berfikir) dan secara tidak langsung, Allah menyebutkan pelbagai kekuasaanNya.
Allah memuji orang- orang yang beriman, yang mana mereka sentiasa menggunakan akal fikiran untuk merenung kebesaran Allah. 17 kali disebutkan tentang mereka yang digelar ulul albab di dalam AlQuran.
Salah satunya; (Surah Ali Imran)

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: ` Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu ', maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;
Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".
Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan agamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)".
Dalam ayat- ayat di atas Allah menerangkan ciri- ciri ulul albab. Allah menyatakan kepada kita tentang doa mereka. Doa ini sangat baik kita amalkan selepas tahajud. Cuba lihat ayat ke 195. "Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka .." menunjukkan tidak ada penangguhan oleh Allah bagi menyatakan Bahawa Dia terus mengabulkan doa ulul albab ini.
Oleh itu marilah kita sama- sama melatih diri dan keluarga menjadi ulul albab. Kerana nilai iman ulul albab lebih berharga pada pandangan Allah. InsyaAllah.
Comments
Post a Comment