Ibrah kisah nabi Adam.
Assalamualaikum.. Sedikit perkongsian ibrah dari tadarus semalam. Surah Al Baqarah.
Bismillahirrahmanirrahim.
Ayat 37:
Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.
Ayat 38:
Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita".
************
Saya terfikir;
Pernah tak kita tengok, ada mak ayah, bila anak (katakan dalam umur sekolah rendah) dia berkelakuan sangat baik, sopan di hadapan tetamu misalnya, tiba- tiba mak ayah dengan tak semena- mena menyuruh anaknya meminta maaf kepada tetamu mereka. Padahal sebelum tu tak ada apa2 yang buruk pun berlaku.Mesti anak itu dan tetamu tadi keliru tahap gaban (org kata..hehe).
Tetapi, kalau anak tadi contohnya terlanggar kaki tetamu, pasti kita tak hairan jika mak dan ayah cakap, "Sayang, minta maaf kat uncle."
************
Orang Kristian menganggap Adam melakukan suatu kesalahan yang besar, melanggar perintah Tuhan dengan mendekati pohon larangan. Bagi mereka kesalahan itu terlalu besar kerana sepatutnya manusia tinggal dalam syurga (perfect life), maka kesalahan itu perlu ditebus dengan sesuatu yang sempurna. iaitu Jesus, dia dianggap sempurna kerana dia lahir secara mukjizat Tuhan, punya mukjizat yang banyak, tidak berkahwin seperti manusia lain, dsb.
Namun, adakah hidup ini hanya kesan dari peristiwa- peristiwa yang berlaku. Contoh: jika kita makan---> kenyang.
Nauzubillah dengan tanggapan seperti orang kafir. kita orang Islam beriman dgn qada dan qadar. Apa yang berlaku telah segalanya tertulis sebelum penciptaan langit dan bumi.
(Ibnu Abbas RA berkata:
“Pada satu hari aku berada di belakang Nabi Muhammad SAW, maka beliau bersabda: Wahai anak, sesungguhnya aku akan mengajarimu beberapa kalimat:Jagalah baik-baik (agama dan perintah) Allah niscaya Dia akan memeliharamu.
Jagalan baik-baik (agama dan perintah) Allah niscaya kamu akan menemukan Dia (menuntunmu) di muka.
Apabila kamu bermohon, bermohonlah kepada Allah
Apabila kami meminta pertolongan, mohonlah pertolongan itu dari Allah
Ketahuilah bahwa ummat ini sekiranya mereka berhimpun padu untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat bagimu, pastilah mereka tidak akan mampu memberikannya kecuali sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah kepadamu.
Dan jika mereka berhimpun padu untuk memberikan sesuatu yang berbahaya kepadamu, pastilah mereka tidak akan mampu mendatangkannya kecuali sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah kepadamu.
Pena sudah terangkat dan lembaran tulisan sudah kering “
(Dikeluarkan oleh Imam Tirmidzi, tercantum dalam Kitab Al Adzkar karangan Imam Nawawi)
*********
hikmah kesilapan nabi Adam (rujukan: tafsir fi zilal)
- Allah menyediakan persiapan dan latihan buat nabi Adam a.s di syurga, iaitu persiapan bagi menjadi khalifah di muka bumi seperti yang dinyatakan dalam ayat 30.
- persiapan dan latihan ini bukan setakat secara fizikal (iaitu mengajarkan nama2 benda) tetapi mental dan psikologi.
- iaitu kemampuan berhadapan dengan dugaan dan godaan, supaya dia mampu melihat kesan dari perbuatannya dan bertanggung jwb dgnnya.
- dapat mengenali musuh yang nyata
- merasai taubat supaya manusia sentiasa kembali dan memohon keampunan dari Allah.
- pohon larangan, godaan syaitan, pelanggaran perintah Allah, kesalahan, perasaan sedih dan bersalah, dan memohon keampunan Allah..semua ini mewakili rangkuman kitar hidup manusia dia atas muka bumi.
- kita pun selalunya mengajar anak cara minta maaf setelah anak buat kesilapan, kan;)
*********
wallahualam. semoga Allah memberikan kita dan keluarga kita kefahaman dalam agama. yang baik dari Allah, yang buruk atas kelemahan saya.

Comments
Post a Comment