ISOC sisters' circle 1: Kenapa lebih ramai wanita Britain masuk Islam????

Assalamualaikum wrb dan salam 24 Muharam.

Topik perbincangan Usrah/ ISOC Sisters Circle minggu ni ialah "Why Are British Women Converting to Islam?". Saya cuba berkongsi sedikit sebanyak hasil dapatan perbincangan (tapi saya banyak dengar saja..hehe) secara santai. Sebenarnya, banyak fakta berguna dan menarik untuk diketengahkan, tapi untuk menulis kembali fakta melibatkan perpeluhan otak yang berat dan mungkin akan terhenti separuh jalan J. Kalau boleh tak mahulah memendam info ini seorang diri, sekiranya pembaca ingin menyelidiki fakta, bolehlah buat kajian sendiri ya.

Naqibah kami ialah Sister Mohibun. Beliau adalah salah seorang admin dalam Facebook fanpage Women against oppression - Liberation through Islam.

 

Sis Mohibun memulakan perbincangan dengan menunjuk hasil carian imej google yang didapatinya. Bila ditaip perkataan “oppression” (penindasan) secara automatic, banyak gambar yang keluar menunjukkan imej wanita Muslim.



Sementara dunia Barat sibuk mengatakan bahawa Islam menindas kaum wanita, statistik menunjukkan dalam 100 000 revert di UK (orang yang kembali/ memeluk Islam), 75% adalah wanita. Begitu juga dengan AS. Mengapa terjadinya perkara ni?

Keindahan Islam ditemui setelah mereka mencari dan terus mencari dengan pelbagai cara. Termasuklah membaca sendiri kitab Al Quran walaupun ianya mungkin last resort bagi para pencari. Bagi sesetengah wanita yang telah kembali kepada Islam, mereka menyedari tujuan sebenar hidup ini bukanlah hanya semata- mata berkisar di sekeliling penampilan yang selalu dibangga- banggakan dulu. Ternyata kecantikan dan status kerjaya yang dikejar tidak membuatkan mereka gembira.

Antara revert wanita yang terkenal di UK adalah adik ipar bekas Perdana Menteri Britain sendiri, Tony Blair. Beliau yang bernama Lauren Booth, merupakan seorang wartawan dan aktivis yang aktif membuat liputan penyiaran tentang Palestin, memeluk Islam selepas mengunjungi Iran pada pertengahan September 2010.


Terdapat pelbagai tuduhan dan tohmahan Barat terhadap Islam. Sesetengah berpendapat, wanita yang memeluk Islam ini seolah- olah seperti berada dalam kekeliruan. Namun, hakikatnya, wanita yang pada puratanya berumur 20- 30 tahun, mempunyai latar belakang pendidikan yang sangat baik, dan mereka merupakan individu pemikir. Selain itu, pihak bukan Islam turut menuduh bahawa wanita- wanita tersebut memeluk Islam setelah ‘dibasuh’ atau brainwash oleh suami atau teman lelaki yang beragama Islam. Walau bagaimanapun, ramai dia antara mereka sebenarnya masih belum berkahwin atau mempunyai pasangan beragama Islam.



Bagaimana wanita- wanita ini memilih untuk berada di jalan yang bagi banyak pihak pihak mengatakan, Islam terlalu banyak had yang mesti dipatuhi. Apa yang membuatkan mereka ‘meloloskan’ diri dari kebebasan yang selama ini didamba oleh orang Barat, malah digilai oleh orang Timur untuk mencontohi Barat?

Barangkali ini berputik dari kesedaran akan undang- undang demokrasi merupakan buatan tangan manusia, tidak langsung melindungi wanita dalam erti kata sebenar. Islam bukan saja pada amalan agamanya, malah Islam merupakan cara hidup (way of life). Tidak seperti Kristian yang tinggal ritual ibadat, manakala segala urusan ‘keduniaan’ diserahkan di bawah system demokrasi.


Dunia langsung tidak berasa pelik kini, dengan sexualization wanita: di papan- papan iklan, kempen, malah dalam sebuah rancangan TV di UK, Junior Apprentice memaparkan pendapat peserta- peserta muda yang terdiri daripada pelajar sekolah, menyatakan, ‘kalau nak buat duit, gunalah perempuan’.

iklan coklat je... maaf ni iklan 'paling sopan' yang menggunakan wanita


Selain itu, wanita yang revert mengaku, di luar Islam, terdapat apa yang dikatakan unrestrained consumerism. Sesiapa yang berada di UK atau negara- negara terlibat dapatlah melihat betapa borosnya manusia semasa Krismas. Mungin kita yang di Malaysia mahu berfikir sejenak?

Bagi wanita- wanita ini juga, kekurangan moral yang mereka temui dan hadapi di luar Islam, terlalu meruncing. Menjual maruah (dara dan teruna) bukanlah sesuatu yang bertentangan dengan undang- undang. Portsmouth dikatakan sebagai kawasan yang tinggi statistik kehamilan remaja di UK. Masalah penampilan yang mereka hadapi, misalnya aneroksia, dan kecenderungan mengubah rupa merupakan antara tekanan untuk kelihatan ‘sempurna’. Seorang sahabat dalam circle tersebut yang merupakan pelajar perubatan, berkongsi bahawa bidang kosmetik sering diceburi oleh para doktor yang inginkan lebih ‘laba’. Sebanyak 10 000 pembedahan plastik dijalankan untuk mengubah saiz payudara. Bagi mereka, kelihatan cantik itu lebih baik dari tinggi intelektual.

Wanita Muslimah itu sentiasa indah, malah lebih indah saat matang usianya dan tinggi pergantungannya pada Allah.



Tidaklah pelik dengan pendapat sedemikian sekiranya dunia kapitalisma yang mencengkam terus mengaut keuntungan dengan mempromosikan ideologi kecantikan ini. Apatah lagi, untuk kelihatan cantik adalah fitrah bagi wanita. Namun, malangnya mereka membiarkan orang lain, atau secara kejamnya, membiarkan orang lelaki menentukan apa yang mereka patut pakai. Semata- mata memenuhi keperluan nafsu lelaki.


Karl Lagerfeld is a stylish, fashion designer and also a photographer so he has more than one reason to be famous and popular all around the world. Apart from owning a brand name he is also a creative director and also has the similar associations with famous fashion brands such as Jean Patou, Macy’s, Chanel, H&M, Chole and Fendi. Karl Lagerfeld  is the number 1 fashion designer of the world.
(http://www.beautytipsmart.com- top 10 fashion designers of women at Hollywood)
Semakin lama, tekanan ini disedari menjadi punca kepada stress dalam kalangan wanita. Oleh itu, wanita perlu membuka mata, dan mereka yang telah memeluk Islam telah dapat melihat dengan lebih jauh.

Wanita- wanita Muslimah mencari petunjuk Allah sedalam- dalamnya bagi memandu hati mereka. Menurut Kevin Brice, yang merupakan seorang pakar dalam pertukaran agama, dalam laporannya menyatakan, mereka yang mencari tahap spiritual yang lebih tinggi, merupakan pemikir yang sangat dalam.

Inilah yang ditegaskan dalam Al Quran, supaya manusia sentiasa berfikir, dan berfikir.


Sesungguhnya Islam memberi makna dalam hidup, dengan kita mengenali Allah sebagai Maha Pencipta. Maka, Dialah yang kita sembah, bukan ciptaanNya. Segalanya telah Allah sediakan untuk kita, termasuklah tujuan hidup ini. Yang tinggal untuk kita adalah pilihan.

"1. Blessed is He in Whose Hand is the dominion, and He is Able to do all things.
2. Who has created death and life, that He may test you which of you is best in deed. And He is the All-Mighty, the Oft-Forgiving;"
(Al- Mulk,67:1-2)

Semoga kita sama- sama dapat bekerja keras menghidupkan kembali cara hidup Islam sebagai laluan keluar kepada masalah hasil dari undang- undang manusia yang penuh kerosakan. Mungkin terdapat sesetengah perkara syariat tidak dapat diterima, tapi Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Maaf zahir batin atas segala kekurangan.

Semoga Allah mengampuni dosa- dosa kita dan membawa kita kembali ke jalanNya J.









Comments

Popular posts from this blog

What Did I Do Today (Dawud Wharnsby)

Printable for Iqra' 1