Memilih hiburan untuk anak- anak :)

Bismillahirrahmanirrahim..

Dah lama tak update blog ni, harap anda yang membaca blog ni berada dalam keadaan sihat. Saya dapat lihat terdapat peningkatan visitor sedikit sebanyak walaupun blog ni hampir bersawang. Alhamdulillah, syukur dan terima kasih kepada yang sudi melawat dan membaca. Kerana dengan itu juga saya mengumpulkan saham akhirat :)

Musim yang berubah, kini beranjak perlahan- lahan mendekati musim panas, siangnya panjang, malam yang beberapa jam itu juga diisi dengan dengan tidur. Dengan keadaan sarat berbadan dua, masa lapang terkadang terhabis dengan berehat sahaja bersama Cik Muna ;)..

Sekarang, jam 2.27 pg waktu uk, Muna masih nyenyak dalam nap. Saya mengambil masa ni, yang pertama sekali untuk update blog dengan satu topik yang dah lama saya ingin kongsikan. Tak mahu membebel panjang, just a simple topic: bagi ibu bapa yang kadang- kadang pening nak pilih cerita apa yang sesuai untuk ditonton di YouTube (yang laju hihi).. Rancangan ni merupakan beberapa cadangan saya, diambil dari saluran kanak- kanak popular UK, CBeebies. Apa- apapun, dinasihatkan, walau bermanfaat macam mana pun sesuatu kartun di gadget atau TV, perlu juga ada hadnya untuk memastikan anak- anak buat aktiviti lain. Di sini, sekadar 1 jam disyorkan buat anak- anak menonton TV.

1. Charlie and Lola
- Bahasa Inggeris yang baik
- Banyak nilai bai terutama sopan santun, dan cara melayan adik beradik

2. Mr Tumble
- Walaupun Mr Tumble ni agak 3 suku, tapi, banyak kebaikan dalam memperkenalkan perkataan dan objek baru, terutama buat anak- anak istimewa.

3. Octonouts
- Cerita tentang fakta- fakta hidupan di dasar lautan, yang mana merupakan fakta sebenar

4. Abadas
- memperkenalkan kepada perkataan baru (sesuai untu anak- anak prasekolah)

5. I Can Cook
- Rancangan memasak. Sesuai untuk mak- mak tonton bersama untuk melahirkan idea aktiviti di dapur bersama anak


Banyak lagi rancangan menarik yang mungkin ibu bapa boleh jumpa melalui link dalam YouTube. Untuk menilainya, ibu bapa perlu tonton sendiri bersama anak- anak, dan boleh memilih yang mana dirasakan terbaik untuk dijadikan favourite mereka. Selamat menonton ! :)

Comments

Popular posts from this blog

What Did I Do Today (Dawud Wharnsby)

Printable for Iqra' 1