Main2 main dan main
Bismillahirrahmanirrahim Banyaknya main dari pagi tadi..sekarang dua puteri dah beradu keketihan. Mari lihat main apa hari ini..alhamdulillah. 1. Salt dough. Buat 'kek dan biskut' dalam alunan surah al qadr dan baiyyinah..sementara saya masak. 2. Main kedai2.. kek dan biskut tadi dijual oleh shopkeeper Muna untuk maknya yang jadi customer.. berehat setelah masak sambil lepak2 mintak order kek. 3. Lepas Zuhur, Muna minta untuk menonton. Saya bagi tengok video pasal kangaroo. Bertambah ilmu tentang kangaroo sementara sata menelaah nota saya. 4. Selepas asar, cuba tambah props pada rumah yang Muna dah cat semalam bersama Addina, Arissa, Azzahra dan Mukhlis. Masih dalam proses. 5. Main sepak bola abah masuk gol yang dibuat dengan kusyen. 6. Main rentas halangan. Barulah anak palapes. Hehehe. 7. Puppet show. Inshaallah semua ini moga dapat menyumbang kepada tumbesaran anak- anak yang seimbang, gembira dan soleh :).. Alhamdulillah atas segala ilham dan kemudahan da...