Ber eksperimen dengan diri

Bismillahirrahmanirrahim


Sungguh bersyukur dikelilingi orang- orang berilmu lagi sedang belajar. Secara tidak langsung menarik diri ini untum sama- sama belajar.

Hari ini dapat ilmu baru.
Ilmu PLF- Professional Learning Fasilitator.
Mahal ilmu ni. Jazakillahukhair Nazlina sebab ajar akak. Walaupun basic, tapi cukup untuk diamalkan.

Semasa anak- anak sibuk minta nak balik, sempat saya berkongsi sesuatu dengan Naz tentang bagaimana saya menjalani perubahan.

Saya melihat saat bulan Ramadhan. Allah hilangkan beberapa 'faktor' dalam diri kita. Makan, minum kita tinggalkan di waktu siang.
Kita kurang tenaga untuk bermaksiat ;)
Agar kita fokus terhadap merubah diri, menambah taqwa, merenungi kalamNya.

Saya teringat lagi, angkasawan di ISS. Membawa bahan eksperimen ke angkasa lepas bagi melihat kesan satu atau beberapa pemboleh ubah dalam keadaan vakum.

Pemboleh ubah.
Faktor persekitaran.

Lalu saya refleksi diri.
Muhasabah tanpa ke Sabah.

Perjalanan hidup saya tiga tahun setengah di UK.
'Dijauhkan' sebentar dari pelbagai pemboleh ubah... keluarga, teman- teman yang ramai, kerja, media elektronik, media cetak, artis, dari menjadi kaum majoriti ke hidup sebagai minoriti... kini baru saya sedar. Pada tahun akhir ini. Yang semuanya perlu saya perhatikan untuk mengubah diri.

Allah temukan saya dengan pemboleh ubah baru, yang sebelum ini kurang memberi kesan di hati- Al Quran dan tadaburnya, usrah, teman- teman yang sama matlamat, dan keluarga menjadi hasil eksperimen ini.

Ya salam.

Terima kasih Ya Rahman.

Saya dulu sangat serabut, izinkan saya bawa keluarga dan orang lain masuk syurga bersama- sama. Amin...

Penuh debar saat memikirkan akan kembali ke dunia yang penuh 'pemboleh ubah'.

Ya Muqollibal qulub...thabbit qulubana 'ala diinik, wa tho'atik.

Amin.

Comments

Popular posts from this blog

What Did I Do Today (Dawud Wharnsby)

Printable for Iqra' 1