Melawat dak penyu

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah semalam rezeki Allah bagi untuk melihat ciptaanNya.. sang penyu.

Mula- mula tak jangka dapat lihat penyu, rancagannya cuma bawa Muna dan Maryam melihat tapak penetasan penyu. Tapi Allah bagi kami lihat sekali pelepasan anak- anak penyu ke laut.. masha allah.

Pantai Pengkalan Balak, berhampiran rumah kami ini, merupakan tempat penyu karah mendarat. Bulan ini merupakan musim penyu bertelur. Penyu akan mendarat saat pantai telah sunyi. Begitu juga anak- anak penyu dilepaskan setelah melihat tiada pemangsa terutamanya burung helang.

Terima kasih Cik Nor, kakitangan NGO bertigas yang mengizinkan kami melihat anak- anak penyu dilepaskan. Rupa- rupanya Cik Nor jiran kami di taman. Seronok dengar Cik Nor cerita pasal penyu. Katanya lagi, anak- anak penyu ini berkemungkinan tersangkut di jala nelayan. Biasanya staf jabatan yang lelaki akan bantu melepaskannya kembali ke laut dan jika terpaksa, memotong jala tersebut.

Sesiapa yang berminat untuk menyertai dalam acara melepaskan anak penyu di Pengkalan Balak, bolehlah hubungi Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Karah Padang Kemunting. Sijil disediakan. Bayaran yang dikenakan adalah sebahagiannya untuk membiaya penjagaan penyu di pusat.







Comments

Popular posts from this blog

What Did I Do Today (Dawud Wharnsby)

Printable for Iqra' 1