the purpose of having children- NOTA RINGKAS BUAT DIRI
Aku pernah bertanya diriku, mengapa kita memerlukan anak- anak... adakah ia sekadar memenuhi fitrah manusia yang sukakan anak- anak? Kemudian Allah pertemukanku dengan jawapanNya melalui lisan Nabi Zakaria dalam Surah Maryam, ayat 5 dan 6: Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub; dan jadikanlah dia - wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai". Lalu dengan pelbagai kelemahan, aku cuba sentiasa mengingatkan diriku untuk sentiasa berada di atas jalan ini. Semoga Allah membantuku dan keluargaku. Amin T.T