Tadabbur Al Mulk 10- 11.


Bismillah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A010
Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".

A011
Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.

Dari ayat tersebut, dapat kita ketahui bahawa penyesalan mereka akan menambahkan lagi siksaan. Allah telah menganugerahkan kepada manusia pendengaran, penglihatan dan hati sejak manusia dilahirkan sebagai bekal mencari kebenaran. Allah berfirman dalam Surah An Nahl ayat 78.

A078
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
(An- Nahl: 78)

Mengapa ahli neraka berkata "kalaulah kami MENDENGAR DAN MEMAHAMI..."? .. Sebenarnya dua perkara ini sudah cukup untuk memandu manusia mencari kebenaran. Daripada mendengar apa yang disampaikan oleh nabi, manusia yang menggunakan akan akan berfikir dan pemahaman yang jujur akan pasti menyampaikan kepada kebenaran.

Pendengaran disebutkan dahulu dalam ayat ini kerana mendengar merupakan perkara pertama yang boleh kita lakukan untuk memahami sesuatu mesej.

Allah mengkhabarkan keadaan yang bakal berlaku ini kepada kita. Ini merupakan salah satu dari rahmatNya supaya kita membesarkanNya.

Ayat 11 menerangkan bahawa di dalam neraka akhirnya penghuni- penghuni yang kufur itu mengaku, namun tiada manfaat langsung buat diri mereka. 

Perkataan 'bidzanbihim' (dosa) digunakan di dalam ayat ini, bukan 'bidzunubihim' (dosa- dosa). Ini kerana Dosa- dosa mereka telah dikumpul menjadi satu.

Kesimpulan: Allah yang Maha Penyayang sendiri telah mengkhabarkan kepada kita perkara yang akan terjadi pada masa depan yang kekal abadi. Hanya ada dua pengakhiran: SYURGA atau NERAKA.
Moga kita bersama- sama berusaha menghadapi ujian dunia ini dengan meminta pertolongan dari Allah.

A153
Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.
(Al- Baqarah: 153)

Wallahualam. Yang baik itu dari Allah, yang buruk itu dari kelemahan saya sendiri.



Comments

Popular posts from this blog

What Did I Do Today (Dawud Wharnsby)

Printable for Iqra' 1