Hidup: Ujian membuat pilihan
Begitulah definisi kehidupan yang aku fahami. Yang lebih tepat dan mudah untuk difahami, disampaikan oleh Ustaz Hasrizal. Baru- baru ini aku cuba mengehadkan penggunaan Facebook. Setelah berminggu- minggu berkonflik memikirkan betapa banyaknya Facebook mencuri masaku. Aku telah merancang banyak perkara, namun atas kelemahan disiplin, banyak yang terkandas kerana Facebook. Kita sedia maklum bagaimana Facebook mencuri hayat kita ;P... Tidak memiliki Facebook sebenarnya susah juga. Kerana aku berada di luar negara, Facebook merupakan medium utama perhubungan dengan keluarga di Malaysia. Selain itu, aku mempunyai beberapa sesi ilmu yang ingin kukongsi bersama teman- teman di Southampton ini. Dan akhir sekali, yang paling berat untuk kutinggalkan adalah, tanggungjawab untuk berdakwah melalui Facebook... Seperti yang selalu diingatkan oleh suami. Tidak syak lagi, Facebook memang penting andai kegunaanya dioptimumkan kerana Allah. Dakwah, menjadi luas dengan adanya Facebook. Bukan...