Monolog bawah duvet :)~ arah tujuan.
Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah..terlalu banyak nikmat yang ingin kusyukuri. Malah untuk mengucapkan Alhamdulillah itu sahaja satu nikmat yang besar. Di sebalik keletihan membawa badan yang semakin memberat :), di situ mengiringi senyuman seorang insan kecil yang terlalu kudambakan. Di sebalik kucar kacir isu anti hadis di tanah air, di situ ada percikan semangat untuk lebih banyak membaca dan belajar ilmu agama. Di sebalik kedinginan yang amat musim sejuk yang tersisa, semakin terang sinar suria dan semakin mekar indah daffodil di mana- mana. Sinaran matahari umpama merupakan 'blessing' buat bumi UK, setelah hampir 3 bulan yang agak kusam suasananya. Malam menjejak jam 22:18. Si kecil dan si besar sudah tersadai bersama mimpi masing- masing. Tinggallah aku; coba merencana hari esok, lusa, dan seterusnya..dan setiap kali sehingga beberapa tahun akan datang. Cuma perencanaanku hanya sebuah draf yang tidak bertulis. Tak mampu lagi untuk menulisnya, kerana aku mas...