Monolog bawah duvet :)~ arah tujuan.
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah..terlalu banyak nikmat yang ingin kusyukuri. Malah untuk mengucapkan Alhamdulillah itu sahaja satu nikmat yang besar.
Di sebalik keletihan membawa badan yang semakin memberat :), di situ mengiringi senyuman seorang insan kecil yang terlalu kudambakan.
Di sebalik kucar kacir isu anti hadis di tanah air, di situ ada percikan semangat untuk lebih banyak membaca dan belajar ilmu agama.
Di sebalik kedinginan yang amat musim sejuk yang tersisa, semakin terang sinar suria dan semakin mekar indah daffodil di mana- mana. Sinaran matahari umpama merupakan 'blessing' buat bumi UK, setelah hampir 3 bulan yang agak kusam suasananya.
Malam menjejak jam 22:18. Si kecil dan si besar sudah tersadai bersama mimpi masing- masing. Tinggallah aku; coba merencana hari esok, lusa, dan seterusnya..dan setiap kali sehingga beberapa tahun akan datang.
Cuma perencanaanku hanya sebuah draf yang tidak bertulis. Tak mampu lagi untuk menulisnya, kerana aku masih merenung setiap kali selepas solat. Bertanya kepada yang Maha Mencipta, bagaimana rupa masa depanku. 1 tahun ini penuh tarbiyah dariNya, buat diriku yang terlalu ingin dipimpin oleh hidayahNya. Seperti juga seorang pelajar universiti yang akan tamat pengajian dan akan bekerja, begitulah aku.. tempoh 'belajar sepenuh masa' akan susut hari demi hari dan seolah- olah bayangan masa hadapan semakin menghimpit.
Tadi aku terasa penat. Seharian dengan tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, dan hari ini menapak dalam 20 minit ke University Health Service berjumpa Kak Kate Hart, bidan universiti. Ingin mengetahui perkembangan si adik yang di dalam perut. Alhamdulillah, segalanya baik. Kakak Muna pun beri kerjasama dan menunjukkan akhlak yang menyejukkan hati, walaupun kadang- kadang bila berduaan dengannya, dia suka menguji dan mengusikku. Yeszz.. aku penat, namun hati ini tenang dan terasa pada ' allignment' yang betul.
Perasaan nak berehat tadi terbantut melihat abah Muna yang 'tersadai' di sofa. Keletihan seharian memerah otak dalam perjalanan PhDnya. Jika aku seharian banyak bergerak ke sana sini, dia pula kumaklumi hanya menghadap laptop dan menggunakan seluruh kudrat fikiran. Subhanallah betapa berbezanya kesan keletihan itu, hanya Allah yang memahaminya.
Aku tidak jadi tidur memikirkan masa depan andai kukembali bekerja, pulang dengan 'buah tangan' berupa sebuah keletihan buat anak- anak yang menanti.
Namun, bukanlah ku ingin mengkritik jalan hidup sebegitu, kerana terlalu ramai ibu yang tabah menghadapi hidup dua alam itu. Kekuatan itu sendiri datang seperti segarnya bunga yang direnjis air..apabila melihat wajah anak- anak. Dan kekuatan yang lahir dari pergantungan dengan yang Maha Kuat, Allah Al Aziz..
Saat- saat ini terasa berharga sebagai modal hari esok. Buat mencari ilmu dan kekuatan untuk mengemudi bahtera hidup keluarga ke arah redha Allah. Allah lah destinasi kita. Moga semakin lama semakin nampak jalan yang perlu dilalui...
Insyaallah..

Comments
Post a Comment