Kenangan di Princess Ann Hospital
Bismillahirrahmanirrahim. Setiap hari berangan nak update blog, untuk berkongsi pelbagai perkara yang harapnya ada manfaat untuk orang lain. Bukan salah waktu malam yang pendek (anak tidur= saya tertidur sekali) tapi masalah time management. Sungguh- sungguh telah dipotong masa. Saat-saat Maryam baru menjengah dunia:)... Syukur Alhamdulillah. Kali ini saya nak ceritakan antara pengalaman berinteraksi dengan midwife atau bidan, yang bertugas sepanjang saya berada di P. Ann Hospital. Hospital ini adalah maternity hospital/ hospital bersalin, jadi yang berada di hospital ni bukan nurse biasa, majoritinya adalah midwife. Mungkin ada nurse, tapi setakat yang saya jumpa, semuanya midwife. (Dan sangat sukar nak lihat staf lelaki, kecuali seorang dua.) Setiap pertama kali bertemu dengan mereka, untuk diperiksa atau apa saja, setiap mereka akan memperkenalkan nama masing- masing. (satu pun saya tidak ingat). Contohnya, "Hi, I'm Jane, one of the midwife." Perbualan- pe...