HS Oktober 14 (samb)
Bismillahirrahmanirrahim Sambungan entri lepas, tentang beberapa aktiviti HS kami. Pada saat dia sedang selsema, jadi saya berikan peluang bermain dengan air suam yang berstim bagi membantu pernafasan dek hidung yang tersumbat. Apa- apa sajalah ;)… Tapi kanak- kanak mana yang tidak sukakan air. Saat saya kebuntuan, saya berikannya air atau buih sabuh, maka dia akan senyap dengan aktivitinya. Tumpah dan sepah? Itu perkara biasa. Membezakan huruf dal dan dzal. Membezakan huruf sin dan syim. Domino. Sedang bercerita tentang lukisannya. Hmm.. ada struktur bagi kanak- kanak berusia 2 tahun 3 bulan. Membezakan tho dan zho. Membantu membeli barang dapur. Pada masa ini kita boleh memintanya untuk ambilkan sayur, susu, dan buah- buahan. Kemahiran yang dipelajari selain mengenal barang- barang, ialah practical life skill. Playdoh ini saya buat tanpa dirancang. Ini kerana saya ingin mengalih tu...