HS Oktober 14
Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah, walaupun internet agak bermasalah, saya hanya
dapat usahakan entri terbaru ini dengan M. Word terlebih dahulu. Inshaallah
moga Allah Allah mudahkan saya mengurusi masa yang ada untuk memberi manfaat,
walaupun dalam serba kekurangan.
Apabila ada yang bertanya, adakah anak sulung saya sudah
mula bersekolah di preschool..saya hanya menjawab, dia homeschool. Sangat-
sangat berharap punya kekuatan untuk menjawab sebegitu. Sengih saja. Maka ada kawan yang menganggap
saya dapat homeschool (HS) kerana saya pandai mengajar. J Tidaklah… saya biasa saja.
Dan anak saya juga sama saja kebolehannya seperti anak orang lain. Tetapi HS
punya keseronokannya tersendiri. Dan punya suka duka yang tak mampu
digambarkan. :D
Saya pun tidak ingat bila saya mula bertemu istilah HS ini.
Banyak pembacaan saya lakukan, berbincang dengan ibu yang melakukan HS. Mencari
dan mencari maklumat, serta aktiviti yang boleh saya buat bersama Muna.
Termenung sana sini melihat aktiviti yang saya cuba lakukan bersamanya tak diendahkan
langsung. Akhirnya saya tengok dia, dia tengok saya. Menangis dalam hati.
Apa nak ajar ni???? T.T
Dipendekkan cerita, Allah pertemukan saya dengan Puan Yulia
Yusar. Setelah link demi link saya tekan, dari blog ke blog, umumnya blog ibu-
ibu yang cintakan pendidikan Al Quran buat anak- anak. Maka, Facebook KakYulia, Masha Allah..penuh dengan semangat, ilmu dan dorongan buat saya. Cara
beliau mendidik anaknya Muhammad untuk Al Quran, topic- topic HSnya yang
sungguh mengujakan, menjadi perkongsian yang menyuburkan inspirasi.
Itu dia! AL QURAN!!! Ya Al Quranlah yang patut saya ajarkan
pada puteri saya. Ibu segala pengetahuan. Rupanya tidaklah sesusah mana,
asalkan kita tahu bagaimana cara anak kita ingin belajar. Jadi, pokoknya HS ini
gurunya merupakan ibu bapa anak- anak itu sendiri. Kerana ibu bapa mengenali
anaknya, dan asas yang tidak goyah menjadi tapak HS…iaitu KASIH SAYANG YANG TAK
BERTEPI. J
Jadi saya ingin berkongsi sedikit sebanyak aktiviti bersama
Muna. Jangan risau!!!!
Ada bannnnnyaaaaaaakkk aktiviti yang boleh anda lakukan,
Cuma di hujung jari anda! Dan gunakanlah mengikut kesesuaian dan kemampuan kita
;).
Belajar Iqra’ menggunakan papan putih. Saya
Cuma bantu dia pengang pen untuk menulis kembali huruf- huruf dan dia sendiri
akan menyebutkannya.
Mengutip bahan- bahan semula jadi di luar
rumah. Sekarang merupakan musim luruh, jadi dapatlah sebuah poster “sensorial”
tentang musim luruh. Sambil kita mengajarnya nama- nama ,kita juga mengajarnya
tentang apa yang dirasai deria sentuhnya.
Hari yang cerah, jalan- jalan ke perpustakaan.
Banyak buku- buku menarik!
Antara buku yang dibaca ialah buku tentang
potty training kerana Muna pun masih dalam sesi latihan ini..:D
Burgess Library yang sentiasa Nampak segar
walaupun dah berusia 80 tahun.
Sesiapa sahaja dating membaca di Burgess
Library. Memang perpustakaan yang hidup.
Apabila kita sudah mula mendidik dengan HS,
setiap masa dan tempat, kita akan cuba jadikan ia bermanfaat baginya. Termasuk
nature schooling dan street schooling.
Termasuk mengajarkannya tentang tanggungjawab.
J
Masha Allah La haula wala quwwata illa billah J
Ibu bapa mungkin akan mengalami kekeliruan apa yang nak diajar. Pokok pangkalnya, kita cuba dulu apa- apa sahaja. Masha Allah, google sahaja, di Pinterest juga ada banya aktiviti untuk anak- anak anda. Anda sendiri tak tahu bila nak berhenti ;).. Dan setrusnya anda akan perlahan- lahan dapat melihat di manakah thap anak anda. Sesetengah aktiviti yang telah anda sediakan mungkin perlu disimpan terlebih dahulu untuk beberapa bulan akan datang, atau sehingga si manja anda bersedia bermain dengannya.
Sila ambil perhatian, BERMAIN. Terlalu banyak manfaat play- based learning dalam usia sebegini. Banyak juga yang kita perlu pelajari kan?
Terpaksa tangguh entri di sini dahulu.. Murid- murid kecil ni dah tak sabar menunggu. Maafkan bahasa saya yang
agak tidak teratur.. Mungkin otak saya sudah agak berkarat ;).
Semoga beroleh manfaat. Terima kasih kerana membaca …
Comments
Post a Comment