HS Oktober 14 (samb)
Bismillahirrahmanirrahim
Membantu membeli barang dapur. Pada masa ini kita boleh memintanya untuk ambilkan sayur, susu, dan buah- buahan. Kemahiran yang dipelajari selain mengenal barang- barang, ialah practical life skill.
Sambungan entri lepas, tentang beberapa aktiviti HS kami.
Pada saat dia sedang selsema, jadi saya berikan peluang bermain
dengan air suam yang berstim bagi membantu pernafasan dek hidung yang
tersumbat. Apa- apa sajalah ;)… Tapi kanak- kanak mana yang tidak sukakan air.
Saat saya kebuntuan, saya berikannya air atau buih sabuh, maka dia akan senyap
dengan aktivitinya. Tumpah dan sepah? Itu perkara biasa.
Membezakan huruf dal dan dzal.
Membantu membeli barang dapur. Pada masa ini kita boleh memintanya untuk ambilkan sayur, susu, dan buah- buahan. Kemahiran yang dipelajari selain mengenal barang- barang, ialah practical life skill.
Bukan dia sahaja yang belajar, malah saya sendiri turut
banyak belajar daripada HS. Kesabaran, masa, perancangan, menentukan keutamaan.
Dan apabila kita menyedari akan potensi anak- anak kita, setiap yang kita lakukan, kita sentiasa cuba mencapai tujuan.
Masha Allah La haula wala quwwata illa billah
Semoga beroleh manfaat. Terima kasih kerana membaca …
Comments
Post a Comment