Bila anginku datang
Bismillahirrahmanirrahim. Hidup tak lari dari ujian. Malah itulah tujuan Allah ciptakan hidup dan mati, untuk menguji siapakah yang terbaik amalannya (Al Mulk: 2). Ujian datang dari pelbagai sudut. Ujian malah ada 2 bentuk. Ujian kesusahan dan ujian kesenangan (Surah Al Fajr: 15-16). Perasaan marah adalah satu ujian buatku. Jika ada orang yang dilahirkan susah untuk berasa marah, dan ada orang yang bijak mengendalikan perasaan marah, maka mungkin aku ini ibarat murid darjah satu dalam sekolah anger management. Kini 24/7 aku berada di rumah mengendalikan keluarga, maka sebahagian besar perasaan marahku ini pada orang- orang yang paling aku sayangi. Dan tidak pernah sekali perasaan marah itu tidak diiringi kekesalan. Kesal kerana banyak perasaan yang dihamburkan kerana api- apian bisikan was- wasa nafsu dan syaitan (a'uzubillahi minassyaito nirrajim). Pada satu ketika kubuka Quran untuk mencari sebuah petunjuk Allah buat diriku. Ya Allah, aku sentiasa ingin mengharapkan Engk...