Tangisan dan Perpisahan- catatan 2 bulan M3
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillah, 22/8/17 genap 2 bulan usia Muhsin. selama 2 bulan ini saya cuba memahami dan mengkaji tingkah lakunya, seperti yang saya baca dalam buku parenting, "What Every Parent Needs to Know" tulisan Margot Sunderland. kawan- kawan di UK boleh dapatkan buku ni melalui Amazon. harganya £14.99. Buku ini menceritakan teknik parenting dengan sungguh terperinci melalui kajian- kajian termasuk melaui sudut saintifik. kredit Dalam tempoh post partum sehingga sekarang, saya cuba mengaplikasi maklumat dan kefahaman dalam bab crying and separation . Saya kongsikan di sini, barang kali dapat dimanfaatkan terutama sekali buat ibu- ibu atau bakal ibu baru. Memang tiada teori yang fixed kerana setiap anak kita adalah unik. Tapi ilmu sangat penting untuk kita memberi respon yang betul terhadap keperluan anak, dengan harapan anak- anak kita dapat berkembang dan membesar dengan lebih baik. Anggaplah ini satu maklumat tambahan selain maklum...