Rumah dan tangga untuk enam tahun kami :)
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah, syukur dipanjatkan buat Allah yang Maha Memerhati keadaan hambanya. Diuji hambanya yang beriman, tanda kasih sayang yang selalu sukar untuk kita fahami. Kita tidak mampu untuk mengungkap apakah hikmahnya sehinggalah ujian itu dialihkan atau disudahkan buat kita, kemudian kita melihat setelahnya ada nikmat yang Allah sediakan. Maka saya yang baru bertatih untuk memahami dengan akal yang dangkal ini, cuba terlebih dahulu bersabar dan memikirkan bahawa ujian yang datang ini pasti ada sebabnya. Mungkin ia datang kerana Allah ingin mengabulkan doa kita selama ini.
30 April 2011, tarikh saya dan suami diijab kabul.. Sudah tentu dengan ilmu yang terlalu sedikit, untuk menyelami kehidupan yang ibarat laut dalam. Bermulalah perjalanan kehidupan berumah tangga secara jarak jauh. Tidaklah jauh mana, cuma Melaka- Serdang. Pulangnya setiap hujung minggu, dan kadang- kadang jika keadaan memerlukan dia akan berulang alik setiap hari, misalnya semasa saya di trimester terakhir kandungan sulung.
Pertemuan hanya di hujung minggu terasa indah kerana lebih banyak hari berjauhan. Bak kata orang, jauh- jauh bau bunga. Dekat- dekat bau~ ketiak?
Pernah saya menghantar permohonan untuk bertukar tempat kerja agar dapat tinggal bersama, namun suami minta agar permohonan ditarik dahulu kerana beliau lebih suka pulang ke Melaka. Suasana tempat tinggal saya di Masjid Tanah, lebih banyak suasana kampung. Hampir dengan tempat peranginan: Pantai Pengkalan Balak, Tanjung Bidara, Port Dickson, dan Bandaraya Melaka yang bersejarah. Jadi kami tak perlu jauh- jauh untuk berbulan madu dan bersantai.
September 2012 adalah peluang kami untuk tinggal bersama. Suami saya telah menerima tawaran menyambung Phd di Southampton, UK untuk tempoh tiga tahun. Maka bermula pula fasa yang cukup berbeza buat saya: suri rumah sepenuh masa. Semasa mula terbang, anak sulung kami baru berusia 7 bulan. Saat tayar kapal terbang berpisah dari landasan, saya niatkan agar hijrah ini membawa erti yang lebih baik buat kami.
Ketika itulah saya baru merasa pahit manis kehidupan berumah tangga yang sebenar. Dulu, hanya yang indah- indah sahaja dicari setiap hujung minggu. Kini, setiap hari dapat melihat kelemahan diri masing- masing. Hmm..patulah ada segelintir pasangan yang lebih selesa berjauhan dan berjumpa sekali sekala. Namun, Saya akui, si dia lebih banyak bersabar. Mungkin sekali antara faktornya, beliau merupakan anak sulung dan saya pula anak yang hampir bongsu. Maka saya juga yang banyak meradang dengan 'kepenatan' seharian (baru kenal erti jadi suri rumah, faham- faham sajalah) dan kehilangan sumber kewangan sendiri. Rasa tertekan juga apabila dulu, ada gaji, boleh belanja apa sahaja. Tapi sekarang semuanya perlu ditapis. Nak bergaya boleh, carilah di charity shop. kalau di Malaysia, orang panggil kedai bundle sahaja. Tapi Alhamdulillah, charity shop, barang dan pakaiannya bersih dan diatur kemas. Kami suka charity shop. Tidak hairan pun jika hampir 98% di badan kami adalah 'bundle'. Selain itu jika ada kereta, kami akan ke car boot market di Bursledon, namun yang selalu dibeli di car boot biasanya mainan dan pakaian untuk anak- anak. Memang semakin simple hidup dari segi itu. pergerakan keluar selama 3 tahun setengah kebanyakan dengan berjalan kaki dan pengangkutan awam yang mudah digunakan. Banyak yang dipelajari melalui pengalaman tersebut.
Secara ringkasnya semakin lama, saya berfikir bahawa saya tidak perlu mencari kesempurnaan dalam diri sang suami kerana beliau hanya manusia, dan saya tak akan bertemu dengan kesempurnaan. dengan kata lainnya, lower the expectation. Kesempurnaan adalah milik Allah sahaja. Daripada asyik menangis kerana kecil hati dengan suami yang bergelar insan, serba kekurangan seperti diri saya, saya lebih banyak menangis kerana berharap dengan Allah akan keampunan dan pertolonganNya. Saya belajar untuk sentiasa berasa terdesak di hadapan Yang Maha Kaya. Saya belajar untuk melengkapi hidupnya dan memahami bahawa dia melengkapi kekurangan pada diri saya. Saya cuba mengubah cara memandang kehidupan supaya jiwa bebas perasaan amarah yang berlebih- lebihan. Contohnya, isteri mungkin tidak lagi terlalu meradang sekiranya suami meninggalkan pakaiannya tersadai sana sini. Mungkin bagi suami, dia tidak begitu terfikir untuk menggantung pakaian, seperti mana isteri tak terfikir untuk memeriksa kereta sebelum perjalanan jauh (betulkah?). Namun dalam soal ini, saya cuba mengingatkannya selalu agar beliau dapat membantu saya meringankan kerja- kerja rumah. Alhamdulillah, jika suami berfikir secara terbuka dan memahami, isteri akan mempunyai lebih ruang untuk meningkatkan potensi dirinya dan anak- anak serta memberi manfaat besar buat seisi keluarga dan masyarakat.
Waktu berlalu. Hati banyak terubat dengan membaca ayat- ayatNya. Semasa mengaji, sentiasa ada sesuatu yang Allah sampaikan benar- benar tepat di atas batang hidung saya. Ada senior- senior yang menasihati juga, Alhamdulillah. tidaklah Allah biarkan saya bersendirian dalam ujianNya.
Saya pernah membantu seorang teman (bukan rakyat Malaysia) dalam mengharungi masalah rumahtangganya. Masalah itu banyak mencabar kesabaran saya lantaran sang isteri banyak mengadu dengan saya. Saya juga pernah membawanya bertemu dengan seorang rakan yang berbangsa Bangladesh yang tinggal di Southampton, iaitu rakan usrah saya di Masjid Abu Bakar di St. Mary. Melangkau batas kaum, kami itu berbincang untuk membantunya. Itulah pertama kali beliau keluar tanpa pmemeberi tahu suaminya yang beliau ingin ke masjid untuk mencari bantuan buat dirinya. Ini kerana beliau bimbang tidak diizinkan suaminya.
Pengalaman ini mengajar saya untuk bersyukur menjadi wanita Malaysia. Wanita Malaysia kebanyakannya berpendidikan, boleh berdikari, dan dilindungi haknya terutama sekali oleh undang- undang Syariah yang kukuh dilaksanakan. Tidak seperti rakan saya itu, negara asalnya bukanlah bermajoritikan Muslim, sehingga gaya hidup orang- orang yang beragama Islam pun dipengaruhi oleh budaya agama lain. Sangat sukar untuk saya membantunya. Saat kami mula rapat, beliau mula mengenakan hijab yang selama ini tidak dipakai. Beliau juga banyak membaca dan belajar. Semuanya dari Allah jua.
Alhamdulillah, setelah beberapa lama berusaha mendengar dan berkongsi dengan sabar yang secipil ini, saya dapat melihat rumah tangganya kembali pulih. Semuanya atas izin Allah dan usaha mereka berdua juga. Saya nampak rakan saya banyak berusaha dan cuba melakukan apa yang diterima dari nasihat. Beliau juga selalu memasak sambil mendengar ceramah- ceramah agama melalui You Tube. Tatkala itu, saya dapat merasakan bahawa ilmu adalah harta dan senjata yang penting setiap wanita.
Sehinggalah pada suatu malam Jumaat saya terdengar suara bacaan Surah Al Kahf rakan saya itu bersama- sama suaminya. Bacaan sang suami yang tersekat- sekat dengan dibantu isterinya, membuatkan saya begitu terharu. Tidak cukup dengan itu, suaminya berjalan meredah kedinginan ke berjalan kaki ke surau universiti untuk bersolat jemaah pada setiap waktu jika beliau berada di rumah. Jarak Welbeck Avenue ke surau universiti dalam 9 minit berjalan, ditambah pula dengan jalan berbukit yang perlu didaki. Suasana sejuk yang amat terutama waktu maghrib, isyak dan subuh yang menggigit hingga ke tulang, brr! Masha Allah, terlalu tabah bagi kaum lelaki untuk menapak ke surau dalam keadaan begitu.
Saat mereka ingin kembali ke negara mereka, suaminya mengalirkan air mata saat mengucapkan selamat tinggal kepada suami saya. Perubahan mereka menginsafkan diri kami sendiri. Allah telah menjadikan kami sebahagian daripada kisah mereka sebagai pengajaran buat diri kami. Saya sendiri banyak hilang sabar dengan masalah sang isteri. Namun suami sentiasa mengingatkan agar tidak terlalu membebankan fikiran dengan perkara yang di luar kawalan kita.
Pelbagai kisah yang kami lihat dan harungi...
belajar dengan senior- senior bagaimana mengisi kehidupan berkeluarga.
ada yang mengejar perjuangan akademik tetapi diuji dengan pergeseran dalam keluarga.
masalah rumah sewa atau masalah kewangan.
di samping berhempas- pulas dalam Phd, ada yang berjuang dalam kesabaran yang tinggi terhadap masalah keluarga, seperti sakit kritikal. Satu tahun yang sepatutnya digunakan untuk belajar, dilalui untuk menjaga pasangan yang sakit. Subhanallah... ketabahan yang cukup membuatkan saya termenung.
teladan dari supervisor suami, yang begitu mementingkan keluarga di samping kerjaya dan ilmu yang tinggi. Salah seorangnya, Ivan, selalu diceritakan oleh suami sebagai seorang family man, dan mempunyai empati yang tinggi.
Penting juga untuk kita bersama insan- insan yang positif untuk membina diri dan keluarga. Ya, di Soton... dalam perjuangan mencari dan meneroka ilmu, terlalu banyak pengajaran dan pelajaran untuk menempuh hidup bersama keluarga.
Kami juga berpeluang mengenali insan- insan hebat yang banyak berkongsi tarbiyah/ didikan dalam membangunkan diri, keluarga dan umat, khususnya melalui Program Mekar anjuran Haluan UK/Ireland.
Selain itu, antara pengajaran yang Allah berikan adalah peluang melihat anak- anak membesar, secara tidak langsung belajar akan peri pentingnya saat usia awal kanak- kanak. Mereka yang fitrahnya suci, membuatkan saya sentiasa muhasabah diri seandainya kekacauan jiwa saya membuahkan didikan yang tidak elok buat anak- anak. Merekalah 'madrasah' buat hati saya.
30 Mac 2016, kami kembali ke tanah air tercinta. menyambung kembali perjuangan sebagai ibu bekerja, Alhamdulillah suami berada di sisi untuk membantu sehingga September. Setelah itu beliau kembali bekerja di Serdang dan PJJ kami pun bermula lagi. Memang terasa agak sunyi dan sukar. Saya pernah bertanya sahabat di tempat kerja, bagaimana rutin paginya (untuk membandingkan dengan rutin pagi saya yang kelam kabut bersendirian menguruskan anak- anak dan diri sendiri sebelum ke tempat kerja). Jawabnya, suaminya keluar jam 6.30 pagi ke tempat kerjanya yang agak jauh dan dia sendirian menguruskan dua orang anak lelaki. Saya mengetawakan diri sendiri selepas mendengar jawapannya.
Setiap orang ternyata mengalami ujian yang berbeza dalam keadaan yang berbeza. Ada isteri yang tinggal bersama- sama suami, namun suami kerap out station, atau suami tidak pandai membantu, atau suami ada, tetapi macam tiada. Sesungguhnya Allah menguji sesuai dengan kemampuan hambanya. Justeru saya bersyukur kerana tidak melalui kesukaran yang mungkin tidak mampu saya tanggung dari segi emosi dan jasmani.
Pesanan buat para suami, jangan biarkan isteri rasa kalau suami tak ada pun tak mengapa, kerana di mata isteri, suami sudah tidak menggetarkan jiwa isteri lagi (dengan kesolehan dan akhlak yang baik). Hilanglah kehebatan suami di mata isteri dan anak- anak.
Saya selesa berada di Masjid Tanah saya sayangkan kerja dan teman- teman di matrikulasi. Dahulu tidak pernah memikirkan akan tinggal di kawasan Selangor/KL yang agak sibuk dan kos hidup yang tinggi. Namun, saya melihat ada negatifnya sikap saya semasa pjj. Saya pernah mengungkit di hadapan suami akan kepayahan menjaga anak- anak selama lima hari, apa sangat kesukaran suami menjaga anak selama hujung minggu sahaja. Saya rasa cukup berdosa dengan kelakuan self- sufficient (berasa cukup dengan diri sendiri) itu. Kelakuan yang dibenci Allah.
Bermula Mac 2017, saya berusaha memohon pertukaran dengan memikirkan anak ketiga yang bakal lahir. Saya memohon untuk bertukar ke sekolah dan bererti untuk mengakhiri karier di kolej matrikulasi. Berada di matrikulasi sebagai pensyarah, memang sesuatu yang disukai, namun, jika di Selangor, seandainya saya bekerja di Matrikulasi Banting, pasti menuntut lebih banyak masa, tenaga dan kewangan untuk berulang alik Banting- Putrajaya- Serdang. Manakala sekolah ada di mana- mana, Inshaallah masa yang berkualiti dapat diperuntukkan untuk kelauarga.. kali ini niat saya hanya untuk keluarga. Permohonan pertama tidak berjaya.
Sedih sekali mengenangkan bagaimana jika saya masih perlu meneruskan pjj selepas kelahiran anak ketiga. Kadang- kadang melalui pengalaman kecemasan sendirian bersama anak- anak. Namun pada setiap masa saya yakin akan jagaan Allah. Mengertilah saya nikmatnya jika suami berada di sisi. Bagaimana ibu- ibu tunggal yang kehilangan perasaan 'security' tanpa suami...
22 Jun 2017. Semasa mengharungi sakit bersalin setiap 10 minit, saya ditelefon oleh seorang sahabat tempat kerja, dengan khabar permohonan saya bertukar ke sekolah di kawasan Putrajaya telah berjaya. Alhamdulillah..berlipat kali ganda terasa nikmatnya berbanding ujian- ujianNya sebelum ini.
Semasa melapor diri, pegawai yang menguruskan penempatan saya bertanya, kenapa baru nak pindah setelah 6 tahun berkahwin... saya pun menceritakan sejarah saya secara ringkas. Beliau mengulas, sudah biasa duduk bersama, kali ini terasa sukar ya...Begitulah antara komennya. Saya hanya diam dan tersenyum. Bukan sahaja kerana kesukaran saya, namun kerana saya ingin hidup 'memberi dan berbakti' kepada lelaki bernama suami dan keluarga. Saya, suami, dan anak- anak ibarat jigsaw puzzle- saling memerlukan untuk sebuah erti kehidupan kami. susah senang, biarlah seperiuk, kata Mak Cik Rogayah, pengasuh anak- anak saya.
September 2017, Inshaallah, bermulalah kerjaya sebagai guru sekolah. Pekerjaan yang pernah ingin saya elakkan dahulu. Saya tidak tahu apa yang ingin dijangkakan di tempat baru. Yang pastinya ia adalah peluang untuk mempertingkatkan diri dan memberi bakti serta manfaat.
Kini kami dapat bersama sekeluarga. Harapan dan niat saya, agar tarbiah keluarga menjadi lebih subur dan diberi izin dari Allah untuk meluangkan masa khusus setiap hari bagi sesi taalim berupa perkongsian hadith, ayat Al Quran bersama suami dan anak- anak. Pada ketika ini, terasa banyak yang belum stabil, terutama dalam menguruskan waktu. Moga Allah permudahkan segalanya.
Pelbagai nikmat allah buat kami ini, semoga kami dapat menggunakannya untuk berbakti kepada Islam, Inshaallah.
Seperti mana tajuk blog ini, dots of life, saya cuba melihat pengalaman yang telah saya lalui untuk sebagai panduan meneroka saat- saat mendatang (to connect the dots). Memang selepas tiga tahun setengah bercuti tanpa gaji saya telah terlepas seniority dan peluang kenaikan pangkat ke DG 44 seperti rakan seangkatan lain baru- baru ini, serta terliur melihat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) teman- teman, namun, apa yang Allah rezekikan buat saya tidak cukup hebatnya. Alhamdulillah. Jadi, jangan takut untuk mengambil cuti tanpa gaji untuk keperluan keluarga ;)..hehehe.
Jazakumullahukhair kerana sudi membaca entri ini. semoga beroleh manfaat, inshaallah. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang, insha Allah.
Rashidah Ismail
Putrajaya
Mula tulis 11/8/17. Siap tulis 15/8/17 :) :) Alhamdulillah
Alhamdulillah, syukur dipanjatkan buat Allah yang Maha Memerhati keadaan hambanya. Diuji hambanya yang beriman, tanda kasih sayang yang selalu sukar untuk kita fahami. Kita tidak mampu untuk mengungkap apakah hikmahnya sehinggalah ujian itu dialihkan atau disudahkan buat kita, kemudian kita melihat setelahnya ada nikmat yang Allah sediakan. Maka saya yang baru bertatih untuk memahami dengan akal yang dangkal ini, cuba terlebih dahulu bersabar dan memikirkan bahawa ujian yang datang ini pasti ada sebabnya. Mungkin ia datang kerana Allah ingin mengabulkan doa kita selama ini.
Dan Dia lah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa, dan Ia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata. Dan (ingatlah) Dia lah pengawal (yang melimpahkan ihsanNya), lagi Yang Maha Terpuji.
(Asy-Syuura 42:28) 30 April 2011, tarikh saya dan suami diijab kabul.. Sudah tentu dengan ilmu yang terlalu sedikit, untuk menyelami kehidupan yang ibarat laut dalam. Bermulalah perjalanan kehidupan berumah tangga secara jarak jauh. Tidaklah jauh mana, cuma Melaka- Serdang. Pulangnya setiap hujung minggu, dan kadang- kadang jika keadaan memerlukan dia akan berulang alik setiap hari, misalnya semasa saya di trimester terakhir kandungan sulung.
Pertemuan hanya di hujung minggu terasa indah kerana lebih banyak hari berjauhan. Bak kata orang, jauh- jauh bau bunga. Dekat- dekat bau~ ketiak?
Pernah saya menghantar permohonan untuk bertukar tempat kerja agar dapat tinggal bersama, namun suami minta agar permohonan ditarik dahulu kerana beliau lebih suka pulang ke Melaka. Suasana tempat tinggal saya di Masjid Tanah, lebih banyak suasana kampung. Hampir dengan tempat peranginan: Pantai Pengkalan Balak, Tanjung Bidara, Port Dickson, dan Bandaraya Melaka yang bersejarah. Jadi kami tak perlu jauh- jauh untuk berbulan madu dan bersantai.
Di sebalik gambar- gambar indah di luar negara, sebenarnya kita terkial- kial juga nak menguruskan kehidupan dengan keluarga yang baru kita nak bina. masalah rumah, Phd, sakit pening, sedih gaduh, gelak tawa, Alhamdulillah...ada teman- teman yang bersama... Keluarga Malaysia di Soton.
Ketika itulah saya baru merasa pahit manis kehidupan berumah tangga yang sebenar. Dulu, hanya yang indah- indah sahaja dicari setiap hujung minggu. Kini, setiap hari dapat melihat kelemahan diri masing- masing. Hmm..patulah ada segelintir pasangan yang lebih selesa berjauhan dan berjumpa sekali sekala. Namun, Saya akui, si dia lebih banyak bersabar. Mungkin sekali antara faktornya, beliau merupakan anak sulung dan saya pula anak yang hampir bongsu. Maka saya juga yang banyak meradang dengan 'kepenatan' seharian (baru kenal erti jadi suri rumah, faham- faham sajalah) dan kehilangan sumber kewangan sendiri. Rasa tertekan juga apabila dulu, ada gaji, boleh belanja apa sahaja. Tapi sekarang semuanya perlu ditapis. Nak bergaya boleh, carilah di charity shop. kalau di Malaysia, orang panggil kedai bundle sahaja. Tapi Alhamdulillah, charity shop, barang dan pakaiannya bersih dan diatur kemas. Kami suka charity shop. Tidak hairan pun jika hampir 98% di badan kami adalah 'bundle'. Selain itu jika ada kereta, kami akan ke car boot market di Bursledon, namun yang selalu dibeli di car boot biasanya mainan dan pakaian untuk anak- anak. Memang semakin simple hidup dari segi itu. pergerakan keluar selama 3 tahun setengah kebanyakan dengan berjalan kaki dan pengangkutan awam yang mudah digunakan. Banyak yang dipelajari melalui pengalaman tersebut.
Musafir lebih dipermudahkan Allah dengan stroller Phil& Ted pemberian Ibrahim dan Fatimah ini (promosi pula ;) )
Alhamdulillah, kami belajar pelbagai cara untuk mengembara.
Musafir bersama suami juga mematangkan diri saya yang kurang matang ini
Waktu berlalu. Hati banyak terubat dengan membaca ayat- ayatNya. Semasa mengaji, sentiasa ada sesuatu yang Allah sampaikan benar- benar tepat di atas batang hidung saya. Ada senior- senior yang menasihati juga, Alhamdulillah. tidaklah Allah biarkan saya bersendirian dalam ujianNya.
Suasana hari raya di rumah Kak pah dan Abang Rizal dengan menu utama, nasi dagang di Honeysuckle Road. Suasana sebegini sentiasa kami tunggu, mengubat rindu pada keluarga di tanah air.
Pengalaman ini mengajar saya untuk bersyukur menjadi wanita Malaysia. Wanita Malaysia kebanyakannya berpendidikan, boleh berdikari, dan dilindungi haknya terutama sekali oleh undang- undang Syariah yang kukuh dilaksanakan. Tidak seperti rakan saya itu, negara asalnya bukanlah bermajoritikan Muslim, sehingga gaya hidup orang- orang yang beragama Islam pun dipengaruhi oleh budaya agama lain. Sangat sukar untuk saya membantunya. Saat kami mula rapat, beliau mula mengenakan hijab yang selama ini tidak dipakai. Beliau juga banyak membaca dan belajar. Semuanya dari Allah jua.
Alhamdulillah, setelah beberapa lama berusaha mendengar dan berkongsi dengan sabar yang secipil ini, saya dapat melihat rumah tangganya kembali pulih. Semuanya atas izin Allah dan usaha mereka berdua juga. Saya nampak rakan saya banyak berusaha dan cuba melakukan apa yang diterima dari nasihat. Beliau juga selalu memasak sambil mendengar ceramah- ceramah agama melalui You Tube. Tatkala itu, saya dapat merasakan bahawa ilmu adalah harta dan senjata yang penting setiap wanita.
Sehinggalah pada suatu malam Jumaat saya terdengar suara bacaan Surah Al Kahf rakan saya itu bersama- sama suaminya. Bacaan sang suami yang tersekat- sekat dengan dibantu isterinya, membuatkan saya begitu terharu. Tidak cukup dengan itu, suaminya berjalan meredah kedinginan ke berjalan kaki ke surau universiti untuk bersolat jemaah pada setiap waktu jika beliau berada di rumah. Jarak Welbeck Avenue ke surau universiti dalam 9 minit berjalan, ditambah pula dengan jalan berbukit yang perlu didaki. Suasana sejuk yang amat terutama waktu maghrib, isyak dan subuh yang menggigit hingga ke tulang, brr! Masha Allah, terlalu tabah bagi kaum lelaki untuk menapak ke surau dalam keadaan begitu.
Saat mereka ingin kembali ke negara mereka, suaminya mengalirkan air mata saat mengucapkan selamat tinggal kepada suami saya. Perubahan mereka menginsafkan diri kami sendiri. Allah telah menjadikan kami sebahagian daripada kisah mereka sebagai pengajaran buat diri kami. Saya sendiri banyak hilang sabar dengan masalah sang isteri. Namun suami sentiasa mengingatkan agar tidak terlalu membebankan fikiran dengan perkara yang di luar kawalan kita.
Pelbagai kisah yang kami lihat dan harungi...
belajar dengan senior- senior bagaimana mengisi kehidupan berkeluarga.
ada yang mengejar perjuangan akademik tetapi diuji dengan pergeseran dalam keluarga.
masalah rumah sewa atau masalah kewangan.
di samping berhempas- pulas dalam Phd, ada yang berjuang dalam kesabaran yang tinggi terhadap masalah keluarga, seperti sakit kritikal. Satu tahun yang sepatutnya digunakan untuk belajar, dilalui untuk menjaga pasangan yang sakit. Subhanallah... ketabahan yang cukup membuatkan saya termenung.
teladan dari supervisor suami, yang begitu mementingkan keluarga di samping kerjaya dan ilmu yang tinggi. Salah seorangnya, Ivan, selalu diceritakan oleh suami sebagai seorang family man, dan mempunyai empati yang tinggi.
Penting juga untuk kita bersama insan- insan yang positif untuk membina diri dan keluarga. Ya, di Soton... dalam perjuangan mencari dan meneroka ilmu, terlalu banyak pengajaran dan pelajaran untuk menempuh hidup bersama keluarga.
Geng- geng bola keluarga soton (KS)
Kami juga berpeluang mengenali insan- insan hebat yang banyak berkongsi tarbiyah/ didikan dalam membangunkan diri, keluarga dan umat, khususnya melalui Program Mekar anjuran Haluan UK/Ireland.
Perkongsian dari Cikgu Abdoh dalam Mekar 2014, di Laughborough. terasa seperti seorang ayah yang memberi nasihat kepada anak- anaknya.
Bersama Kak Nab, doktor pakar kanak- kanak dan neonatal di King's College Hospital, London. Beliau dan suami boleh dirujuk untuk nasihat hati dan kesihatan :)
Sebuah ceramah di universiti yang pernah saya hadiri. Tidak ingat nama speakernya, tetapi beliau merupakan bekas peguam yang kemudian mendedikasikan kehidupannya sebagai ibu di rumah.
Selain itu, antara pengajaran yang Allah berikan adalah peluang melihat anak- anak membesar, secara tidak langsung belajar akan peri pentingnya saat usia awal kanak- kanak. Mereka yang fitrahnya suci, membuatkan saya sentiasa muhasabah diri seandainya kekacauan jiwa saya membuahkan didikan yang tidak elok buat anak- anak. Merekalah 'madrasah' buat hati saya.
30 Mac 2016, kami kembali ke tanah air tercinta. menyambung kembali perjuangan sebagai ibu bekerja, Alhamdulillah suami berada di sisi untuk membantu sehingga September. Setelah itu beliau kembali bekerja di Serdang dan PJJ kami pun bermula lagi. Memang terasa agak sunyi dan sukar. Saya pernah bertanya sahabat di tempat kerja, bagaimana rutin paginya (untuk membandingkan dengan rutin pagi saya yang kelam kabut bersendirian menguruskan anak- anak dan diri sendiri sebelum ke tempat kerja). Jawabnya, suaminya keluar jam 6.30 pagi ke tempat kerjanya yang agak jauh dan dia sendirian menguruskan dua orang anak lelaki. Saya mengetawakan diri sendiri selepas mendengar jawapannya.
Setiap orang ternyata mengalami ujian yang berbeza dalam keadaan yang berbeza. Ada isteri yang tinggal bersama- sama suami, namun suami kerap out station, atau suami tidak pandai membantu, atau suami ada, tetapi macam tiada. Sesungguhnya Allah menguji sesuai dengan kemampuan hambanya. Justeru saya bersyukur kerana tidak melalui kesukaran yang mungkin tidak mampu saya tanggung dari segi emosi dan jasmani.
Pesanan buat para suami, jangan biarkan isteri rasa kalau suami tak ada pun tak mengapa, kerana di mata isteri, suami sudah tidak menggetarkan jiwa isteri lagi (dengan kesolehan dan akhlak yang baik). Hilanglah kehebatan suami di mata isteri dan anak- anak.
Keluarga Malaysia dari serta UK berkumpul dalam Program Mekar.
Saya selesa berada di Masjid Tanah saya sayangkan kerja dan teman- teman di matrikulasi. Dahulu tidak pernah memikirkan akan tinggal di kawasan Selangor/KL yang agak sibuk dan kos hidup yang tinggi. Namun, saya melihat ada negatifnya sikap saya semasa pjj. Saya pernah mengungkit di hadapan suami akan kepayahan menjaga anak- anak selama lima hari, apa sangat kesukaran suami menjaga anak selama hujung minggu sahaja. Saya rasa cukup berdosa dengan kelakuan self- sufficient (berasa cukup dengan diri sendiri) itu. Kelakuan yang dibenci Allah.
Bermula Mac 2017, saya berusaha memohon pertukaran dengan memikirkan anak ketiga yang bakal lahir. Saya memohon untuk bertukar ke sekolah dan bererti untuk mengakhiri karier di kolej matrikulasi. Berada di matrikulasi sebagai pensyarah, memang sesuatu yang disukai, namun, jika di Selangor, seandainya saya bekerja di Matrikulasi Banting, pasti menuntut lebih banyak masa, tenaga dan kewangan untuk berulang alik Banting- Putrajaya- Serdang. Manakala sekolah ada di mana- mana, Inshaallah masa yang berkualiti dapat diperuntukkan untuk kelauarga.. kali ini niat saya hanya untuk keluarga. Permohonan pertama tidak berjaya.
Sedih sekali mengenangkan bagaimana jika saya masih perlu meneruskan pjj selepas kelahiran anak ketiga. Kadang- kadang melalui pengalaman kecemasan sendirian bersama anak- anak. Namun pada setiap masa saya yakin akan jagaan Allah. Mengertilah saya nikmatnya jika suami berada di sisi. Bagaimana ibu- ibu tunggal yang kehilangan perasaan 'security' tanpa suami...
22 Jun 2017. Semasa mengharungi sakit bersalin setiap 10 minit, saya ditelefon oleh seorang sahabat tempat kerja, dengan khabar permohonan saya bertukar ke sekolah di kawasan Putrajaya telah berjaya. Alhamdulillah..berlipat kali ganda terasa nikmatnya berbanding ujian- ujianNya sebelum ini.
Semasa melapor diri, pegawai yang menguruskan penempatan saya bertanya, kenapa baru nak pindah setelah 6 tahun berkahwin... saya pun menceritakan sejarah saya secara ringkas. Beliau mengulas, sudah biasa duduk bersama, kali ini terasa sukar ya...Begitulah antara komennya. Saya hanya diam dan tersenyum. Bukan sahaja kerana kesukaran saya, namun kerana saya ingin hidup 'memberi dan berbakti' kepada lelaki bernama suami dan keluarga. Saya, suami, dan anak- anak ibarat jigsaw puzzle- saling memerlukan untuk sebuah erti kehidupan kami. susah senang, biarlah seperiuk, kata Mak Cik Rogayah, pengasuh anak- anak saya.
September 2017, Inshaallah, bermulalah kerjaya sebagai guru sekolah. Pekerjaan yang pernah ingin saya elakkan dahulu. Saya tidak tahu apa yang ingin dijangkakan di tempat baru. Yang pastinya ia adalah peluang untuk mempertingkatkan diri dan memberi bakti serta manfaat.
Kini kami dapat bersama sekeluarga. Harapan dan niat saya, agar tarbiah keluarga menjadi lebih subur dan diberi izin dari Allah untuk meluangkan masa khusus setiap hari bagi sesi taalim berupa perkongsian hadith, ayat Al Quran bersama suami dan anak- anak. Pada ketika ini, terasa banyak yang belum stabil, terutama dalam menguruskan waktu. Moga Allah permudahkan segalanya.
Pelbagai nikmat allah buat kami ini, semoga kami dapat menggunakannya untuk berbakti kepada Islam, Inshaallah.
Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya);
(Al-Balad 90:4)
Patutkah manusia yang demikian keadaannya (terpedaya dengan kekuasaan yang ada padanya dan) menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya?
(Al-Balad 90:5)
Manusia yang demikian keadaannya (tidaklah patut ia bermegah-megah dengan kekayaannya dan) berkata: "Aku telah habiskan harta benda yang banyak (dalam usaha menegakkan nama dan bangsa).
(Al-Balad 90:6)
Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) -
(Al-Balad 90:8)
Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
(Al-Balad 90:10)
Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;
(Al-Balad 90:11)
Mekar 2015 di Port Talbot, Wales
Selepas bersalin, di Princess Ann Hospital, Soton
Kunjungan midwife ke rumah
Seperti mana tajuk blog ini, dots of life, saya cuba melihat pengalaman yang telah saya lalui untuk sebagai panduan meneroka saat- saat mendatang (to connect the dots). Memang selepas tiga tahun setengah bercuti tanpa gaji saya telah terlepas seniority dan peluang kenaikan pangkat ke DG 44 seperti rakan seangkatan lain baru- baru ini, serta terliur melihat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) teman- teman, namun, apa yang Allah rezekikan buat saya tidak cukup hebatnya. Alhamdulillah. Jadi, jangan takut untuk mengambil cuti tanpa gaji untuk keperluan keluarga ;)..hehehe.
Jazakumullahukhair kerana sudi membaca entri ini. semoga beroleh manfaat, inshaallah. Jumpa lagi dalam entri yang akan datang, insha Allah.
Rashidah Ismail
Putrajaya
Mula tulis 11/8/17. Siap tulis 15/8/17 :) :) Alhamdulillah
Comments
Post a Comment