Posts

Showing posts with the label Risalah An Nur

Kalimah ketiga: Kebahagiaan dalam Ibadah :)

Image
Bismillahirrahmanirrahim. " Wahai sekalian manusia! Beribadatlah..." (2:21) ( http://hasbunallahwanimalwakil.wordpress.com/2012/01/04/ibadah/ ) Kisah perbandingan untuk tatapan rohani kita. Dua orang tentera mendapat arahan untuk ke sebuah tempat. Mereka mengembara bersama. Sesampai di satu persimpangan, seorang lelaki sudah bersedia memberi penerangan: "Jalan di sebelah kanan ini, kalau kau lalu, 9/10 akan beruntung. Kau akan senang. Jalan di sebelah kiri pula, tak ada peraturan, tak ada siapa berkuasa atas dirimu. Kalau kau nak lalu sini, kau boleh tinggalkan semua barang- barang kelengkapanmu. Jadi lebih ringan dan mudah. Bagi orang yang nak lalui jalan di sebelah kanan, atas perintah ketenteraan, kau mesti bawa kit bag, senjata, serta back pack yang penuh ration (makanan). Sebab ini persiapan bagi kau menghadapi musuh." Selepas mendengar penerangan itu Askar A ambil jalan di sebelah kanan. Beban di belakangnya berkilo- kilo. Tapi dengan t...

Risalah An Nur kini di tanganku

Image
Assalamualaikum wrb.. Risalah An Nur, salinan dengan tulisan tangan oleh Almarhum Ahmad Ammar. Saya mula mengenali Risalah An Nur setelah seorang hamba Allah dijemput pulang olehNya. Masyarakat yang terkesan dengan kehidupan Almarhum Ahmad Ammar bin Ahmad Azam kini kembali membetulkan 'allignment' yang tersilap. Terlihat kebesaran Allah dalam langkah- langkah hidup Almarhum sehingga hari beliau dikebumikan. Kemudian saya mencari Risalah An Nur yang menjadi rujukan utama Almarhum Ammar dalam pembelajarannya di Madrasah Jamaah Hayrat. Saya download dalam bentuk pdf. Semoga Allah izinkan saya habis membaca buku yang tebal ni. Bab satu buku ni telah diceritaan semula oleh Ustaz Hasrizal dalam web nya. Sebenarnya saya sendiri ada hasrat untuk menulis kembali apa yang saya baca, tapi lupus pula hasrat tu jadi angan- angan :(. Walau bagaimanapun, jazakallahukhair Ustaz Hasrizal, sebab dari tulisan ustaz baru saya rasa terinspirasi untu tulis semula dalam ca...